Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Elakkan Guna Bekas Plastik Berwarna Hitam, Sukar Dikitar Semula

Elakkan Guna Bekas Plastik Berwarna Hitam, Sukar Dikitar Semula

Diterbitkan Disember 16, 2025 oleh ariff bukhari

Ramai tidak sedar bahawa plastik hitam sukar dikitar semula di kebanyakan fasiliti moden.

Puncanya ialah pigmen ‘carbon black‘ yang digunakan untuk mewarnakan plastik tersebut.

Pigmen ini menyerap cahaya inframerah, menyebabkan sistem pengasingan optik Near-Infrared (NIR) gagal mengenal pasti jenis plastik berkenaan.

Akibatnya, plastik hitam tidak dapat dipisahkan ke aliran kitar semula yang betul dan akhirnya dihantar ke tapak pelupusan atau dibakar di insinerator.

Secara teknikal, plastik hitam masih boleh dikitar semula melalui pengasingan manual atau dalam keadaan makmal.

Namun, ia tidak serasi dengan infrastruktur industri yang mengamalkan kos efektif.

Oleh itu, pakar dan NGO alam sekitar menasihatkan pengguna supaya mengelakkan pembelian dan penggunaan produk plastik hitam.

Langkah kecil ini boleh mengurangkan pembaziran dan membantu memastikan lebih banyak bahan plastik dapat diproses semula dengan berkesan.

Berkaitan

  • Plastik - Keajaiban Yang Menjadi Bencana Global
  • Nak Rumah Selamat, Privasi Terjaga 24/7? Unifi Ada Penyelesaian Pintar
  • Pulau Gaya Jadi Yang Pertama Di Malaysia Jadikan Sisa Plastik Laut Laluan Pejalan Kaki

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY