Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
693012-DV2 x Hisense-3eaa61-original-1785962168

Dolby Vision 2 Dilancar, Pengguna TV Hisense Terawal Terima Naik Taraf

Diterbitkan Ogos 10, 2026 · Dikemas kini Ogos 10, 2026 oleh ariff bukhari

Dolby Laboratories bersama Hisense telah mengumumkan pelancaran Dolby Vision 2 pada beberapa model TV Hisense 2026, menjadikannya peranti pertama menerima teknologi paparan generasi baharu ini.

Pelancaran ini merupakan fasa pertama sebelum diperluaskan ke lebih banyak model melalui kemas kini perisian.

Antara model terawal yang akan menerima teknologi baharu ini termasuklah model televisyen bagi siri Hisense UX, UR9, UR8 dan U7 (U7 pro dalam EU, MEA, CSA) 2026 yang menjalankan Google TV atau VIDAA OS.

Dolby Vision 2
Dolby Vision 2 dikuasakan oleh enjin imej yang direka bentuk semula dengan lebih berkuasa. Dolby Vision 2 kini sudah mula tersedia pada televisyen Hisense terpilih dengan lebih banyak model bakal menerima kemas kini perisian dalam beberapa minggu akan datang.

Dolby Vision 2 direka untuk memberikan pengalaman visual paling maju, dengan warna lebih hidup, kontras lebih mendalam, dan perincian imej yang lebih jelas.

Hisense sebagai rakan kongsi strategik memainkan peranan penting dalam memastikan teknologi ini dapat dinikmati oleh pengguna dengan lebih meluas.

Dengan portfolio inovasi seperti Dolby Atmos, Dolby Cinema, dan Dolby OptiView, syarikat ini terus memperkukuh kedudukan sebagai peneraju dalam pengalaman audio-visual imersif.

Berkaitan

  • Hisense Lancar TV RGB-MiniLED 116” Pertama Dunia Berharga RM99,999
  • Hisense Jadi TV Pertama Sokong Dolby Vision 2
  • Ini Sebab Mengapa OPPO Reno16 Pro Peranti Terbaik Untuk Kaki Vlog

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 10 Model Telefon Pintar 2026 Dengan Kamera Terbaik Menurut DXOMARK
  • 7 Pengasas Anthropic Kini Pegang Kepentingan Syarikat Bernilai Lebih RM88 Bilion Seorang
  • TikTok Lancar Ciri Kesan Deepfakes Bantu Pengguna Kenal Pasti Kandungan AI
  • Pengguna Canva Kini Boleh Matikan Ciri AI Generatif, Hadkan Kandungan Dijana AI
  • Yoghurt Beku (Yobe) Kini Terus Ke Rumah Anda Dengan foodpanda
  • Singapura Mula Tanggalkan Gantri ERP, Caj Jalan Raya Guna Satelit Mulai 1 Januari 2027
  • 3 Headphone ANC Bawah RM600
  • Ribuan Pekerja Anthropic Kini Jadi Jutawan Selepas Disenarai Di Wall Street
©2026 WISER.MY