Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OSMO Action 4_1

DJI Lancar Osmo Action 4 Dengan Sensor Lebih Besar

Diterbitkan Ogos 3, 2023 · Dikemas kini Ogos 3, 2023 oleh Amalina Athman

DJI kini melancarkan kamera video aksi terbarunya iaitu Osmo Action 4. Ia didatangkan dengan rekaan yang sama seperti Action 3, tetapi dengan beberapa penambahbaikan.

Berkaitan

  • DJI Mini 2 SE Rasmi, Harga Bermula RM1,599 Sahaja
  • Inilah Harga DJI Mavic 3 Pro di Malaysia, Sudah Boleh Ditempah Mulai Hari Ini
  • DJI Lancar Dron Terbaru, Air 3 Mampu Diterbangkan Selama 46 Minit

Osmo Action 4 dilengkapi sensor lebih besar iaitu 1/1.3“. Dengan sensor baharu ini, ia boleh merakam lebih cahaya melalui lensa dengan bukaan f/2.8, yang mana sama seperti ditawarkan untuk Action 3.

OSMO Action 4_3

Walaupun Action 4 mempunyai sensor yang lebih besar, kedua-dua model ini masih menyokong rakaman video sehingga 4K/120fps FHD. Sebagai perbandingan, GoPro Hero 11 Black mempunyai sokongan rakaman video sehingga 5.3K/60fps.

osmo action 4

Sebagai tambahan, ia menyokong RockSteady 3.0, RockSteady 3.0+, HorizonSteady dan sebagainya.

OSMO Action 4_2

Dari segi sokongan kalis air, Action 4 membolehkan kamera dibawa menyelam sehingga kedalaman 18 meter tanpa sarung pelindung, berbanding Action 3 dengan 16 meter. Sementara sokongan bersama sarung pelindung masih sama iaitu sehingga 60 meter.

Untuk memori, ianya turut ditambah baik dengan sokongan kad microSD sehingga 512GB. Sokongan bateri masih sama seperti Action 3, dengan menawarkan kapasiti 1,770mAh yang mampu bertahan sehingga 160 minit.

Harga

OSMO Action 4_4

DJI Osmo Action 4 dijual pada harga bermula RM1,899 untuk model standard. Pembelian boleh dilakukan melalui pautan di bawah:

  • Beli DJI Osmo Action 4 di Lazada – https://invol.co/cljg8dl
  • Beli DJI Osmo Action 4 di Shopee – https://invl.io/cljg8db

Sumber: DJI

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY