Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
DJI Air 3

DJI Lancar Dron Terbaru, Air 3 Mampu Diterbangkan Selama 46 Minit

Diterbitkan Julai 25, 2023 · Dikemas kini Julai 25, 2023 oleh ariff bukhari

DJI sebentar tadi baru melancarkan model dron terbaru bagi siri Air iaitu Air 3. Dilengkapi dengan 2 kamera utama iaitu kamera sudut lebar 1/1.3-inci CMOS dan kamera tele 1/1.3-inci CMOS dengan keupayaan 3x zoom, ia mampu merakam foto 48MP dan video HDR 4K/60fps.

DJI Air 3 juga mampu diterbangkan selama 46 minit serta dilengkapi ciri imbasan bagi mengelak halangan.

DJI Air 3
DJI Air 3 adalah dron pertama bagi siri Air yang menyokong rakaman video menegak 2.7K (9:16) yang membolehkan pengguna kongsi rakaman dron terus ke media sosial.

Hanya seberat 720g, ia juga adalah dron pertama DJI dalam siri Air yang dilengkapi ciri imbasan halangan berbagai arah.

Harga jualan bagi DJI Air 3 adalah bermula dari USD1,099 (~RM5,011). Untuk versi DJI Air 3 Fly More Combo, ia dijual dengan harga dari USD1,349 (~RM6,151) hingga USD1,549 (~RM7,063).

Untuk spesifikasi lebih lanjut dron DJI Air 3 terbaru ini, layari laman rasmi DJI.

Berkaitan

  • Ikuti Tips Ini Untuk Beli ‘Laptop’ Mampu Milik Tapi “Spec Masih Mengancam”
  • Starlink Kini Tersedia Di Malaysia, Ini Harga Yang Perlu Dibayar
  • 6 Minuman Tealive Ini Hanya RM6 Sahaja Sempena Pilihan Raya Negeri

Sumber: DJI

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 10 Model Telefon Pintar 2026 Dengan Kamera Terbaik Menurut DXOMARK
  • 7 Pengasas Anthropic Kini Pegang Kepentingan Syarikat Bernilai Lebih RM88 Bilion Seorang
  • TikTok Lancar Ciri Kesan Deepfakes Bantu Pengguna Kenal Pasti Kandungan AI
  • Pengguna Canva Kini Boleh Matikan Ciri AI Generatif, Hadkan Kandungan Dijana AI
  • Yoghurt Beku (Yobe) Kini Terus Ke Rumah Anda Dengan foodpanda
  • Singapura Mula Tanggalkan Gantri ERP, Caj Jalan Raya Guna Satelit Mulai 1 Januari 2027
  • 3 Headphone ANC Bawah RM600
  • Ribuan Pekerja Anthropic Kini Jadi Jutawan Selepas Disenarai Di Wall Street
©2026 WISER.MY