Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
hero 11 black

GoPro Hero 11 Dan Mini Dilancarkan, Harga Bermula RM1,979

Diterbitkan September 14, 2022 oleh Amalina Athman

GoPro kini mengumumkan kamera aksi Hero 11, dengan sensor yang lebih besar berbanding model sebelumnya.

Untuk spesifikasi, Hero 11 Black dimuatkan sensor kamera 27MP bersama sokongan warna 10-bit. Ia mempunyai keupayaan mod rakaman 5.3K/60fps dengan nisbah 8:7, 4K/120fps, 2.7K/240fps (8x slow-mo) serta mod HyperView dengan nisbah 16:9.

hero 11

Antara lainnya termasuk Night Effect baharu, HyperSmooth 5.0 dengan AutoBoost serta 360° Horizon Lock. Hero 11 Black kini didatangkan dengan bateri Enduro, yang membolehkan pengecasan pantas dan tahan lebih lama berbanding bateri yang dimuatkan pada Hero 10.

Selain Hero 11, turut diumumkan adalah Hero 11 Black Mini dengan berat 133 gram. Menurut GoPro, Mini mempunyai saiz sekitar 13% lebih kecil dan ringan.

black mini

Sama seperti Hero 11, Mini juga hadir dengan naik taraf sistem HyperSmooth 5.0 yang boleh digunakan secara automatik apabila rakaman tidak stabil dan menawarkan peningkatan dalam penstabilan apabila merakam video 4:3 jika dibandingkan dengan sistem HyperSmooth 4.0 pada Hero 10.

Kedua-dua kamera hadir dengan preset time-lapse baharu yang memfokuskan kepada rakaman waktu malam, Star Trails, Light Painting, Vehicle Light Trails dan sebagainya.

Selain itu, Hero 11 Black Mini diisi dengan bateri Enduro 1,500mAh yang tidak boleh ditanggal. Berbeza dengan Hero 11, versi Mini tidak mempunyai ciri seperti GPS, audio stereo, pra-rakaman, tangkapan berjadual, looping video, atau mod kamera web.

Harga

hero 11 black

GoPro Hero 11 Black berharga RM2,399 akan tersedia bermula 19 September. Manakala Hero 11 Black Mini diletakkan pada tanda harga RM1,979 dan akan tersedia bermula 25 Oktober.

Kedua-duanya boleh didapatkan melalui pengedar sah GoPro di Malaysia.

Sumber: GoPro

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY