Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Inilah Harga DJI Mavic 3 Pro di Malaysia, Sudah Boleh Ditempah Mulai Hari Ini

Inilah Harga DJI Mavic 3 Pro di Malaysia, Sudah Boleh Ditempah Mulai Hari Ini

Diterbitkan April 26, 2023 oleh Helmi Samsuri

DJI baru-baru ini telah memperkenalkan secara rasmi model terbaru dalam barisan dron mereka untuk pasaran Malaysia. Dikenali sebagai DJI Mavic 3 Pro dan Mavic 3 Pro Cine, ia merupakan dron pertama didunia yang dilengkapi dengan sistem 3 kamera.

Bagi anda yang setia mengikuti perkembangan dron, pastinya sudah maklum siri Mavic 3 sudah mula menggunakan sistem dua kamera pada model tahun lepas. Kamera yang digunapakai adalah kamera Hasselblad 4/3 CMOS sudut lebar 24mm dan telefoto 166mm untuk rakaman jarak jauh.
Inilah Harga DJI Mavic 3 Pro di Malaysia, Sudah Boleh Ditempah Mulai Hari Ini

Menariknya untuk versi Pro kali ini, ia ditambah dengan kamera ketiga 70mm. Peningkatan dapat dilihat pada bahagian aperture; f3.4, sokongan video 4K/60fps dengan 7X zoom optikal dan imej 12MP, ia menjanjikan rakaman lebih tajam berbanding model terdahulu.

Keupayaan pada pencahayaan rendah juga dikatakan memberikan perbezaan ketara pada tawaran kali ini. Dari segi tempoh penerbangan pula, DJI menyatakan pengguna mempunyai tempoh sekitar 43 minit.

Turut melengkapi Mavic 3 Pro adalah ciri DJI 03+ dimana jarak transmisi video HD boleh dilakukan sehingga 15km. Walaupun pada jarak sejauh itu, ia dapat memberikan paparan kamera yang stabil dan jelas pada kadar bingkai tinggi.

雨林场景-RC pro 套装场景图

Maklumat jualan di Malaysia

Berkaitan

  • Amerika Syarikat Senarai Hitam Sekitar 60 Syarikat China Termasuk DJI
  • Anda Pengguna Pixel 6? Lupakanlah Hasrat Untuk Guna Dron DJI
  • 5 Sebab Korang Patut Beli DJI Mini 3
  • (Ulasan) DJI Osmo Action 3 - Kamera Dah Padu, Aplikasi Sokongan Je Lemah

Bagi anda yang berhajat untuk memiliki dron terbaru dari DJI ini, ia sudah boleh dibeli secara pra-tempah bermula semalam di kedai rasmi DJI dibeberapa lokasi. Selain itu, anda juga boleh mendapatkanya secara dalam talian dari Shopee dan Lazada.

Jualan pertama versi Pro akan dimulakan pada 8 Mei dimana harga adalah berbeza seperti senarai dibawah;

DJI Mavic 3 Pro (DJI RC) – RM9,799
DJI Mavic 3 Pro Fly More Combo (DJI RC) – RM12,399
DJI Mavic 3 Pro Fly More Combo (DJI RC Pro) – RM14,999
DJI Mavic 3 Pro Cine Premium Combo – RM21,999

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY