Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
DJI Air 3S 1

DJI Air 3S Dilancarkan Dengan Teknologi LiDAR Hadap Ke Hadapan, Harga Bermula RM4,599

Diterbitkan Oktober 17, 2024 · Dikemas kini Oktober 17, 2024 oleh ariff bukhari

DJI hari ini memperkenalkan DJI Air 3S, dron dwi-kamera yang dilengkapi kamera CMOS 1-inci dan kamera tele sederhana 70mm.

Malah Air 3S ialah dron DJI pertama yang menampilkan LiDAR menghadap ke hadapan, sambil turut menampilkan sensor masa penerbangan (TOF) inframerah ke bawah dan enam sensor penglihatan (dua di hadapan, belakang dan bawah) yang membolehkannya terbang di suasana malam dengan lancar.

Teknologi LiDAR ini membolehkan Air 3S mengenal pasti dan memintas halangan secara automatik semasa laluan penerbangan dan pulangnya, memastikan keselamatannya penerbangannya semasa mengambil fotografi waktu malam.

DJI Air 3S 2

Air 3S adalah  dron serba boleh yang sempurna dan mudah digunakan kerana DJI Air 3S menghafal laluan penerbangan apabila pencahayaan yang mencukupi tersedia.

Ini memastikan ia pulang dengan selamat apabila berlepas dari lokasi tanpa isyarat satelit.

Air 3S juga memperkenalkan ciri Pemfokusan Subjek (Subject Focusing) baharu yang memastikan subjek berada dalam fokus walaupun semasa penerbangan manual atau apabila subjek bergerak di luar pusat.

Ciri ini membolehkan juruterbang menumpukan perhatian sepenuhnya pada aspek yang lebih kreatif untuk menyempurnakan penggambaran seperti komposisi dan pergerakan kamera.

DJI Air 3S sudah boleh dibeli secara atas talian seperti dari stor rasmi di Shopee dan Lazada dengan harga bermula RM4,599.

Beli DJI Air 3S dari stor rasmi di:

  • Shopee – https://invl.io/cllsy9p
  • Lazada – https://invol.co/cllsy9k

Sumber: DJI

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • Lebih Jimat Lagi Berbaloi, Beli 1 PC Ni Je Boleh Diguna 4 Orang Serentak
  • Lenovo Perkenal ThinkPad X1 2-in-1 Gen 10 Aura Edition
  • Sonos Perkenalkan Arc Ultra Dan Sub 4, Bar Audio Premium Berharga RM5,899 Dan RM4,799

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY