Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Insta360 Luna Ultra_dual lens (1)

DJI, Insta360 Saling Saman Di AS Atas Dakwaan Pelanggaran Paten

Diterbitkan Jun 15, 2026 · Dikemas kini Jun 15, 2026 oleh Amalina Athman

Pertikaian paten antara DJI dan Insta360 semakin memuncak apabila kedua-dua syarikat kini saling memfailkan saman di Amerika Syarikat.

Menurut laporan PetaPixel, DJI minggu lalu telah memfailkan dua saman terhadap Insta360 di Mahkamah Daerah Texas, dengan mendakwa syarikat itu melanggar enam paten yang merangkumi dua paten reka bentuk dan empat paten utiliti.

Dalam saman pertama, DJI mendakwa reka bentuk Insta360 Luna Ultra dan Luna Pro mempunyai persamaan dengan siri DJI Osmo Pocket. DJI mendakwa Insta360 menggunakan seni bina produk yang sama seperti yang diperkenalkan menerusi Osmo Pocket, termasuk beberapa elemen reka bentuk luaran yang didakwa dilindungi oleh paten syarikat itu.

DJI vs Insta360 Luna ultra

Antara elemen yang disebut dalam dokumen saman termasuk badan peranti berbentuk memanjang, sambungan antara badan dan gimbal, modul kamera di bahagian atas, skrin boleh diputar, susun atur butang kawalan, slot aksesori di sisi serta kedudukan port pada bahagian bawah peranti.

DJI Osmo Pocket4P (1)
DJI Osmo Pocket 4P

Selain isu reka bentuk, DJI turut memfailkan saman kedua yang mendakwa Insta360 melanggar empat paten utiliti berkaitan fungsi dan teknologi gimbal. Antaranya termasuk sistem yang membolehkan pertukaran mod gimbal menggunakan satu butang, teknologi penjejakan subjek dan paparan masa nyata tanpa memerlukan aplikasi tambahan, penggunaan imej yang dirakam untuk mengawal pergerakan gimbal serta sistem penjejakan subjek yang boleh beroperasi tanpa memerlukan aplikasi tambahan.

Insta360 fail saman balas

Dalam perkembangan terbaharu, Insta360 turut memfailkan dua saman balas terhadap DJI di AS. Insta360 mendakwa DJI melanggar lima paten utiliti miliknya yang berkaitan teknologi digunakan dalam kamera gimbal dan kamera 360°.

Menurut Insta360, paten berkenaan melibatkan teknologi penstabilan gimbal, kawalan arah gimbal, penstabilan kamera, paparan data telemetri dan penstabilan video panorama. Syarikat itu mendakwa teknologi tersebut digunakan dalam beberapa produk DJI termasuk siri Osmo Pocket, Ronin dan RS, Osmo Mobile serta Osmo 360.

Pengasas Insta360, JK Liu, berkata syarikat itu menolak dakwaan bahawa Luna Ultra melanggar paten DJI dan menegaskan kamera tersebut dibangunkan hasil penyelidikan dan pembangunan dalaman yang bermula sejak 2020.

Insta360 Luna Ultra
Insta360 Luna Ultra

Beliau turut mendakwa tindakan DJI memfailkan saman pada hari yang sama Luna Ultra dilancarkan menunjukkan kebimbangan terhadap persaingan daripada produk baharu itu.

Setakat ini, kedua-dua syarikat dilihat bertegas mempertahankan hak harta intelek masing-masing, menjadikan pertikaian ini antara konflik paten terbesar melibatkan dua pengeluar kamera dan peranti pengimejan pengguna dari China dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Berkaitan

  • ‘Hype’ Atau Tidak, Ini Yang OPPO Reno15 Sebenarnya Boleh Buat
  • DJI Mengacah Kehadiran Osmo Pocket 4P - Dilengkapi Dua Kamera
  • Insta360 Luna Ultra Kini Rasmi - Dwi-Lensa Leica, Harga Bermula RM2,999

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY