Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Dituduh Haramkan Lightyear Di Malaysia, Ini Jawapan LPF

Dituduh Haramkan Lightyear Di Malaysia, Ini Jawapan LPF

Diterbitkan Jun 17, 2022 · Dikemas kini Jun 17, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Kecoh dalam minggu ini apabila beberapa media tempatan melaporkan filem Lightyear tidak ditayangkan Malaysia akibat pengharamannya oleh LPF (Lembaga Penapisan Filem).

LPF telah mengeluarkan kenyataan menjelaskan keadaan sebenar.

Kata pihaknya, LPF meluluskan tayangan filem tersebut dengan tapisan berdasarkan panduan ditetapkan.

Namun pengedarnya, The Walt Disney Company (Malaysia) Sdn Bhd tidak bersetuju dengan arahan tersebut lantas membatalkan niat menayangkan filem prekuel tersebut di sini.

“LPF mengarahkan supaya dibuat pengubahan (potongan) bagi adegan dan dan disenyapkan dialog yang didapati mengandungi elemen mempromosi gaya hidup lesbian, gay, biseksual dan Transgender (LGBT) yang telah melanggar aspek utama di dalam Garis Panduan Penapisan, Kementerian Dalam Negeri 2010,” jelas LPF.

Lembaga tersebut memberikan keputusan Lulus dengan Pengubahan (LDP) dengan klasifikasi P13 pada 13 Mei lalu.

Filem Lightyear tidak ditayangkan di 14 buah negara Timur Tengah dan Asia (termasuk Malaysia).

Ia merupakan kisah satu watak yang ikonik, Buzz Lightyear daripada siri filem Toy Story.

Sumber: BERNAMA

Baca juga:

  • Pengarah Fast & Furious Bakal Bikin Filem ‘One Punch Man’
  • Senarai 10 Filem Yang Catat Kutipan Terbanyak Sepanjang Zaman Setakat Ini
  • Stesen Angkasa Lepas Berhenti Beroperasi, Akan ‘Dihempaskan’ Ke Lautan Pasifik Pada 2031

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
©2026 WISER.MY