Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
one punch man

Pengarah Fast & Furious Bakal Bikin Filem ‘One Punch Man’

Diterbitkan Jun 14, 2022 oleh ariff bukhari

Manga dan anime popular Jepun, One Punch Man dikhabarkan akan dapat filem aksi sebenar yang akan dibawakan menerusi Sony Pictures.

Filem itu akan diterbitkan oleh Arad Productions, studio yang sebelum ini pernah dikreditkan untuk filem aksi sebenar dari anime Ghost in the Shell.

Filem aksi sebenar yang akan diadaptasi daripada siri anime itu akan diarahkan oleh pengarah dari filem Fast & Furious iaitu Justin Lin.

Penulis skrip bagi filem itu pula akan ditulis oleh Jeff Pinkner yang pernah menulis skrip bagi filem Venom dan Jumanji: The Next Level.

Menurut laporan oleh Deadline, pembikinan filem One Punch Man itu akan bermula pada penghujung tahun ini juga.

Walaubagaimanapun setakat ini, belum diketahui siapa yang bakal melakonkan watak-watak dalam filem tersebut khususnya watak utamanya iaitu Saitama.

Anime One Punch Man mengisahkan seorang hero bernama Saitama yang dapat mengalahkan raksaksa atau mana-mana musuh yang didepaninya hanya dengan satu penumbuk sahaja.

Produksi versi manganya pula masih diterbitkan sehingga kini.

Sumber:  The Verge

Baca juga:

  • Saintis Temui Dunia Tersembunyi Di Bawah Ais Antartika
  • Belum Cukup 6 Bulan Dilancar Ke Angkasa, Teleskop Terbesar Dunia Dilanggar Meteoroid
  • Saintis Dakwa Isi Bumi Sedang Berubah Bentuk

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
©2026 WISER.MY