Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
PLUS tol

Diskaun Tol 50% Selama Dua Hari Sempena Krismas

Diterbitkan Disember 19, 2025 · Dikemas kini Disember 19, 2025 oleh Amalina Athman

Kementerian Kerja Raya (KKR) hari ini mengumumkan pemberian diskaun tol 50% dari kadar biasa selama dua hari, iaitu pada 23 dan 24 Disember 2025, sempena sambutan perayaan Hari Krismas.

Diskaun ini terpakai kepada kenderaan kelas 1 (kelas 2 di Jambatan Pulau Pinang) di semua plaza tol, kecuali plaza tol di pintu masuk sempadan negara iaitu Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar Leburahraya Utara Selatan (PLUS) dan Plaza Tol Tanjung Kupang Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA).

Dalam pada itu, KKR menyarankan pengguna lebuh raya merancang perjalanan dengan sebaiknya menggunakan aplikasi Navigasi Lebuh Raya TuJU LLM dan MyPLUS-TTA, bagi memastikan perjalanan yang lebih lancar dan selesa.

Pengguna juga digalakkan mematuhi cadangan jadual waktu perjalanan atau travel time advisory (TTA) yang disyorkan serta mengutamakan aspek keselamatan dengan mematuhi had laju, papan tanda dan peraturan di sepanjang lebuh raya.

Berkaitan

  • Tol Tanpa Palang Makin Hampir, PLUS Uji Pembayaran Tol Guna Nombor Plat Oktober Ini
  • Pertama Di Dunia, Ramai Terlepas Pandang Fungsi AI Dalam realme 15 Pro Ni
  • Aplikasi MYJalan Ditutup Sepenuhnya, Kini Beralih Ke MYJalan 2.0
  • LLM Lancar Aplikasi Navigasi Lebuh Raya TuJu

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY