Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Discord Tangguh Pelaksanaan Sistem Pengesahan Umur Secara Global

Discord Tangguh Pelaksanaan Sistem Pengesahan Umur Secara Global

Diterbitkan Februari 25, 2026 ยท Dikemas kini Februari 25, 2026 oleh Amalina Athman

Discord mengumumkan pelaksanaan sistem pengesahan umur secara global kini ditangguhkan ke separuh kedua tahun 2026 (H2 2026).

Penangguhan ini memberi peluang kepada Discord untuk menambah lebih banyak pilihan pengesahan, meningkatkan ketelusan vendor dan menerbitkan dokumentasi teknikal yang lebih terperinci, sambil terus mematuhi keperluan kawal selia jika perlu.

Sebelum ini, pelancaran dijadualkan pada Mac, tetapi keputusan itu dibuat selepas syarikat menerima maklum balas daripada pengguna yang menunjukkan wujud salah faham mengenai cara sistem ini berfungsi.

Ketua Pegawai Teknologi Discord, Stanislav Vishnevskiy, menjelaskan ramai pengguna menyangka mereka perlu memuat naik dokumen pengenalan diri atau melakukan imbasan wajah untuk menggunakan platform. Discord menegaskan perkara itu tidak benar dan mengakui penjelasan sebelum ini tidak cukup jelas.

Menurut Discord, lebih 90% pengguna tidak perlu mengesahkan umur untuk terus menggunakan platform itu. Ia ditentukan secara automatik melalui sistem keselamatan sedia ada tanpa sebarang tindakan tambahan.

Hanya sebahagian kecil pengguna, kurang daripada 10%, mungkin diminta mengesahkan umur sekiranya ingin mengakses ruang kandungan yang mempunyai had umur (age-restricted content). Sementara akses kepada akaun, server, senarai rakan, mesej peribadi serta panggilan suara akan kekal seperti biasa, walaupun tanpa pengesahan umur.

Sistem keselamatan dalaman juga digunakan untuk mengesan spam, menghalang serangan akaun berkumpulan dan mengenal pasti penyalahgunaan terancang. Enjin peraturan keselamatan ini kini turut dibuka kepada platform lain sebagai projek sumber terbuka dikenali sebagai Osprey.

Berkaitan

  • Pemain Guna 'Game' Death Stranding Untuk Lepasi Sistem Pengesahan Umur Discord
  • Pertama Di Dunia, Ramai Terlepas Pandang Fungsi AI Dalam realme 15 Pro Ni
  • Discord Sahkan 70,000 Akaun Digodam, Tapi Kata Laluan Dan No. Kad Kredit Selamat
  • Bermula Mac, Pengguna Discord Perlu Pengesahan Umur Untuk Akses Penuh

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY