Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
death stranding photo mode

Pemain Guna ‘Game’ Death Stranding Untuk Lepasi Sistem Pengesahan Umur Discord

Diterbitkan Julai 28, 2025 oleh Amsyar Latif

Britain kini sedang melaksanakan undang-undang baharu di bawah Akta Keselamatan Dalam Talian, yang antara lain mewajibkan pengguna platform seperti Discord untuk melalui pengesahan umur yang lebih ketat.

Sistem ini meminta pengguna mengimbas wajah atau menunjukkan dokumen pengenalan diri sebagai bukti mereka berumur 18 tahun ke atas, demi memastikan keselamatan pengguna muda dalam talian.

Namun begitu, pengguna di UK telah menemui satu helah unik di mana menggunakan mod foto dalam permainan Death Stranding.

Melalui fungsi photo mode dalam permainan tersebut, pemain boleh mengawal watak utama Sam Bridges (lakonan Norman Reedus) untuk menghasilkan swafoto realistik yang meniru ekspresi wajah sebenar manusia.

Imej ini kemudiannya dimuat naik ke sistem pengesahan Discord, dan berjaya melepasi semakan automatik.

Screenshot 2025-07-28 at 4.10.18 PM

Portal PC Gamer melaporkan bahawa mereka sendiri mencuba kaedah ini, dan mendapati ia benar-benar berkesan untuk mengatasi pengesahan umur Discord di UK.

death stranding discord
Sumber: PC Gamer

Kejadian ini bukan sahaja mencuit hati komuniti permainan, tetapi juga menimbulkan persoalan tentang keberkesanan sistem pengesahan AI dan impak terhadap privasi digital.

Buat masa ini, Discord dan pihak berkuasa belum memberikan respons rasmi terhadap eksploitasi ini.

Imbas kembali, Death Stranding 2 yang baru dilancarkan menerima banyak pujian komuniti gamer. Visual yang dipaparkan sangatlah realistik termasuk wataknya yang sangat hampir realistik dengan pelakon asal.

Berkaitan

  • Tarikh Pelancaran Dan Harga Death Stranding 2 Diumumkan, Tersedia Dalam 3 Edisi
  • Cara 'Install' Play Store Di Peranti Huawei
  • Lepas Ini Kandungan Tak Sesuai Di YouTube Akan Disemak Lebih Cepat Di Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
©2026 WISER.MY