Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Bermula Mac, Pengguna Discord Perlu Pengesahan Umur Untuk Akses Penuh

Bermula Mac, Pengguna Discord Perlu Pengesahan Umur Untuk Akses Penuh

Diterbitkan Februari 10, 2026 · Dikemas kini Februari 10, 2026 oleh Amalina Athman

Discord kini memperkenalkan ciri keselamatan remaja yang lebih ketat untuk semua pengguna di seluruh dunia.

Bermula Mac ini, semua pengguna baharu dan sedia ada secara default akan berada dalam pengalaman yang sesuai untuk remaja, dengan tetapan komunikasi yang dikemas kini, akses terhad ke ruang yang mempunyai sekatan umur, serta tapisan kandungan yang mengekalkan privasi.

Pengguna mungkin perlu melalui proses pengesahan umur untuk menukar tetapan tertentu atau mengakses kandungan sensitif, termasuk saluran, pelayan, atau arahan tertentu serta beberapa permintaan mesej terpilih.

pengesahan umur Discord_2

Bagi pengesahan umur, pengguna mempunyai pilihan untuk menggunakan anggaran umur berdasarkan wajah atau memuat naik dokumen pengenalan. Discord juga menggunakan sistem model inferens umur yang berfungsi secara latar bagi membantu menentukan sama ada akaun dimiliki pengguna dewasa, tanpa memerlukan pengguna mengesahkan umur.

Menurut Discord, semua data pengguna, termasuk video swafoto dan dokumen pengenalan, diproses dengan privasi sebagai keutamaan. Video swafoto diproses terus dalam peranti pengguna, dokumen pengenalan dipadam segera selepas pengesahan dan status pengesahan umur pengguna tidak dapat dilihat oleh orang lain.

Tahun lalu, Discord telah melaksanakan pengalaman sesuai remaja di UK dan Australia, dan kini pelaksanaan global membawa pendekatan yang sama di seluruh dunia.

Berkaitan

  • Pemain Guna 'Game' Death Stranding Untuk Lepasi Sistem Pengesahan Umur Discord
  • Roblox Perkenal Semakan Umur Melalui Video 'Selfie'
  • ‘Hype’ Atau Tidak, Ini Yang OPPO Reno15 Sebenarnya Boleh Buat
  • OpenAI Lancar Sistem Anggaran Umur Di ChatGPT - Perlindungan Tambahan Untuk Akaun Remaja

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY