Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Discord Sahkan 70,000 Akaun Digodam, Tapi Kata Laluan Dan No. Kad Kredit Selamat

Discord Sahkan 70,000 Akaun Digodam, Tapi Kata Laluan Dan No. Kad Kredit Selamat

Diterbitkan Oktober 10, 2025 oleh ariff bukhari

Discord sebelum ini telah mengesahkan bahawa pihak ketiga yang menyediakan sokongan data  pelanggan mereka telah digodam.

Dianggarkan 70,000 data pengguna mereka di seluruh dunia berisiko terdedah, termasuk gambar kad pengenalan yang dihantar untuk pendaftaran umur.

Data lain yang mungkin terjejas termasuklah nama, emel, nama pengguna Discord, sejarah pembelian, dan mesej dengan ejen sokongan.

Walau bagaimanapun, dalam kenyataan yang dikemas kini Discord menyatakan bahawa serangan ini tidak melibatkan sistem utama, tetapi menjejaskan data pengguna yang pernah berhubung dengan pasukan Sokongan Pelanggan atau Trust & Safety.

Tiada kata laluan, nombor penuh kad kredit, atau aktiviti umum dalam Discord yang terlibat.

Ekoran insiden itu, sebagai tindak balas, Discord dengan segera membatalkan akses penyedia sokongan pelanggan ke sistem tiket mereka dan terus melancarkan siasatan dalaman, dan bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi menyiasat insiden ini.

Pengguna yang terjejas akan menerima emel rasmi dari [email protected].

Discord menasihatkan pelanggan mereka agar berhati-hati terhadap mesej mencurigakan dan menegaskan pelanggan tidak akan dihubungi oleh pihak mereka melalui telefon.

Berkaitan

  • Pemain Konsol PS5 Dah Boleh Guna Discord Secara Terus
  • Pemain Guna 'Game' Death Stranding Untuk Lepasi Sistem Pengesahan Umur Discord
  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • TikTok Shop Naikkan Kadar Komisen Bagi Kebanyakan Kategori - Berkuat Kuasa 31 Oktober 2026
  • Prapesan iPhone Duo Kini Dibuka Di Malaysia - Harga Bermula RM9,499
  • Malaysia Percepat Reka Bentuk Cip Menerusi IP Arm, Enam Cip Tempatan Dilancarkan
  • 3 Digital Audio Player Bawah RM400
  • Senario Terburuk Krisis Iklim Di Asia Selatan, 40.5 Juta Penduduk Berisiko Jadi Pelarian Menjelang 2050
  • Genting Dan Huawei Akan Bersama Bangunkan Bandar Pintar Teknologi Di Johor
  • RAM Mahal? 8GB Sudah Cukup Untuk PC Windows 11 - Microsoft
  • Sony Walkman Baharu Dipacu Android Dilancar Pada Harga ~RM11,750
©2026 WISER.MY