Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Dimensity 8450 Dilancar – Nampak Sama Tapi Lagi Laju

Posted on Jun 23, 2025

MediaTek kini sudah memperkenalkan Dimensity 8450, cip baharu yang menggantikan Dimensity 8400 yang diperkenalkan tahun lalu.

Walaupun peningkatan dilihat minimal, cip ini membawa beberapa penambahbaikan dalaman penting yang menyasarkan prestasi gaming, kamera dan kecekapan AI yang lebih tinggi.

Dibina menggunakan teknologi 4nm TSMC generasi kedua, Dimensity 8450 mengekalkan struktur CPU lapan teras dengan konfigurasi:

  • 1x Cortex-X4 @ 3.25GHz
  • 3x Cortex-A720 @ 3.0GHz
  • 4x Cortex-A520 @ 2.1GHz

Sementara itu, GPU Mali-G720 MC7 dikekalkan, namun kini dilengkapi dengan StarSpeed Engine baharu untuk pengalaman permainan yang lebih lancar dan stabil.

Cip ini juga membawa peningkatan ketara pada ISP (Image Signal Processor), termasuk sokongan kamera sehingga 320MP dan pemprosesan HDR tanpa sela (zero-lag HDR), sesuai untuk penggunaan kamera beresolusi tinggi dan penstriman langsung.

Untuk AI, NPU 880 dalam Dimensity 8450 kini disertakan Agentic AI Engine, membolehkan pemprosesan AI generatif dan model bahasa raya (LLM) terus di peranti, tanpa perlu bergantung kepada awan.

Dalam aspek sambungan, modem 5G pada cip ini hadir dengan ciri UltraSave 3.0+, iaitu teknologi penjimatan tenaga terkini bagi sambungan 5G.

Menariknya, cip ini sudah pun digunakan dalam Oppo Reno14 Pro, menjadikan ia antara peranti pertama yang menampilkan cip ini di pasaran.

Dimensity 8450 disasarkan untuk peranti kelas pertengahan premium, dan dijangka mula muncul dalam lebih banyak telefon pintar dalam beberapa minggu akan datang.

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress