Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Dijual Di Shopee Serendah RM1, Ini Kebenaran Tentang ‘Sticker Boleh Tarik Line’

Dijual Di Shopee Serendah RM1, Ini Kebenaran Tentang ‘Sticker Boleh Tarik Line’

Diterbitkan Mei 24, 2022 Ā· Dikemas kini November 13, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Kami menerima soalan daripada pengikut di media sosial berkenaanĀ pelekat dijual di Shopee yang didakwa boleh menambah kualiti rangkaian pada telefon mereka.

Cara menggunakannya mudah saja, buka panel belakang telefon, tanggalkan bateri dan lekatkan pelekat tersebut pada bahagian dalaman tersebut.

Pun begitu, gambar yang diletakkan menunjukkan pelekat itu hanya dilekatkan terus pada belakang luaran telefon. Dari sini sudah timbul kecurigaannya.

Menurut iklannya juga, ia mampu menaikkan bar rangkaian di telefon dan mengelakkan panggilan terputus (drop call).

Tidak cukup dengan itu saja, ia juga mengatakan mampu menambah baikĀ signal semasa dalam lif, kerata, bangunan, gunung mahupun terowong. Pelekat ini juga didakwa berfungsi pada telefon analog, digital dan tri-band.

shopee antenna sticker

Namun, kebenarannya ialah ini semua hanya penipuan. Pelekat tersebut hanya sekeping pelekat tanpa apa-apa fungsi apatah lagi “tarik line”.

Realitinya, untuk mendapatkan isyarat yang lebih baik, anda perlukan lebih berbanding pelekat.

Setiap telefon mempunyai antenna tersendiri dan pengeluar meletakkan antenna dalam posisi berbeza.

signal booster sticker
Sumber: Wilson Amplifers

Untuk sesetengah model seperti telefonĀ gaming, ia menggunakan teknologi lebih canggih agar telefon menerima isyarat tertinggi dalam semua keadaan.

Jika hanya dengan melekatkanĀ sticker mampu membantu telefon mendapatĀ signal dengan lebih baik, pastinya pengeluar seperti Xiaomi, realme, Sony telah lama menggunakannya dan menjual di pasaran kerana kosnya lebih rendah.

Dijual Di Shopee Serendah RM1, Ini Kebenaran Tentang ‘Sticker Boleh Tarik Line’
Dijual Di Shopee Serendah RM1, Ini Kebenaran Tentang ‘Sticker Boleh Tarik Line’
Dijual Di Shopee Serendah RM1, Ini Kebenaran Tentang ‘Sticker Boleh Tarik Line’
photo_2022-05-24_16-45-04 (2)

Kalau anda cuba cari “antenna sticker” di Shopee Mall, usaha ini temui kegagalan. Ini kerana Shopee Mall hanya memasarkan barangan tulen daripada peniaga yang disahkan seperti kedai rasmi sesuatu jenama.

Untuk pengetahuan, pelekat ini sudah lama wujud di pasaran luar negara.

Wilson Amplifiers pada 2016 contohnya, sudah mencuba sendiri dan mendapati ia sememangnya scam. Perubahan kelajuan internet dan kekuatan rangkaian berubah naik dan turun namun hanya sedikit.

cell signal strength comparison
Sumber: Wilson Amplifier

Perubahan dengan jumlah yang rendah ini ialah situasi biasa walaupun tanpa signal booster antenna kerana banyak dipengaruhi faktor lain.

cell signal test
Sumber: Wilson Amplifiers

Kesimpulannya, pelekat tersebut nyata tidak memberi kesan. Bahkan, ia boleh membahayakan anda kerana haba dari bateri mungkin memberi kesan padanya.

Ini bukti barangan ini sememangnya bersifat memperdaya pengguna dan tidak ‘legit’.

Jadilah pengguna bijak dengan rajin mengkaji atau bertanya pada sumber yang pelbagai.

Berkaitan

  • Kantoi Scam Tetikus Palsu, Penjual Selamba Pulangkan Wang
  • Cara Tukar Kad ATM Maybank Guna Maybank2U
  • Tukar Kad Debit Maybank Dengan Pantas? Ini Senarai Cawangan Yang Ada Kiosk Layan Diri
  • Ini Cara Semak Jika Ada Akses Telefon Lain Pada Akaun CIMB Clicks
  • Cara Semak Berapa Banyak Anda Sudah Habiskan Di Shopee Selama Ini
  • Ramai Tak Sedar, Ini Benda Wajib Anda Buat Sejurus Memiliki Kad TNG
  • Ini Senarai Pautan 'Scam' Dan Cara Ketahui SMS Daripada 'Scammer' Atau TNG eWallet
  • Cara Matikan PayDirect Touch 'n Go Agar Baki eWallet Tidak Ditolak Di Plaza Tol
  • Buat Sendiri, Ini Cara Tambah Wang Ke Dalam Akaun KWSP Melalui Aplikasi i-Akaun
  • Guna Cara Ini Untuk Tahu Serta-Merta Bila Kad TNG NFC 'Ready Stock' Di Lazada
  • Tak Perlu Ke Bank, Ini Cara Tukar Kad ATM CIMB Melalui Dalam Talian
  • Senarai Prabayar Dengan Internet "Unlimited" Bawah RM50 Setakat Oktober 2022
  • Senarai Prabayar Dan Pascabayar Yang Disertakan 5G Sekarang

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY