Senarai Prabayar Dan Pascabayar Yang Disertakan 5G Sekarang

Minggu lalu, beberapa 'telco' telah mengumumkan mereka mula menyediakan 5G mulai November. Setakat ini, hanya 5 syarikat menyediakannya.

Maxis pula hanya akan sediakan 5G paling awal pun Februari 2023.

Untuk syarikat MVNO atau penyedia perkhidmatan 'virtual', masih tiada antara mereka yang menyediakan 5G. Contohnya, MVNO ialah Yoodo, ONEXOX, Tune Talk.

Menurut khabar angin, iPhone dikatakan akan boleh disambungkan ke 5G Malaysia bulan depan.

Di bawah ialah senarai pelan yang tersedia dengan 5G setakat November 2022 disediakan oleh Celcom, Digi, U Mobile, Yes dan unifi.

Celcom




Kesemua pelan prabayar diberikan 5G percuma sehingga 31 Disember 2022.
Pascabayar



  • Celcom MEGA™ Lightning 80

  • Celcom MEGA™ Lightning 98

  • Celcom MEGA™ Lightning 128

  • Celcom MEGA™ Lightning 158

  • Celcom MEGA™ Lightning 188

  • Celcom Xpax Postpaid 40

  • Celcom Xpax Postpaid 60



Prabayar


  • Celcom Xpax Prepaid 35

  • Celcom Xpax Prepaid 45

  • Celcom Mix & Match


5G percuma sehingga 31 Disember 2022.

Pelanggan Mix & Match perlu bayar RM10 ekstra mulai 2023 kerana ia menyokong 5G walaupun anda tidak menggunakannya.
Klik untuk semak 5G daripada Celcom

Digi




Digi mengambil sedikit masa mengumumkan pelan yang akan menerima 5G mereka walaupun mengesahkan ia akan hadir. Tambah pula, agak lewat kerana hanya 10 November ia tersedia.

Buat masa ini, hanya pelan pascabayar di bawah saja yang akan nikmati 5G. Prabayar? Entah bila.

Pascabayar

  • Digi Postpaid 90

  • Digi Postpaid 120

  • Digi Postpaid 150

  • Family Unlimited 200

  • Digi Business - Go Digi 98

  • Digi Business - Go Digi 128


Prabayar

  • Tiada


Ini juga termasuk pelanggan PhoneFreedom 365 dan Pakej PowerJimat dengan pelan Digi Postpaid yang tertera di atas.

Pelanggan Digi Postpaid di atas boleh memilih untuk menaik taraf kepada 5G hanya dengan mengaktifkan 5G Speed Booster melalui aplikasi MyDigi.

Buat masa ini, pelanggan prabayar Digi masih belum menerima 5G sama ada percuma mahupun berbayar. Saya menjangkakan ia mula tersedia mulai Januari 2023.

Digi juga berkata ia akan ditawarkan secara berperingkat termasuklah pelanggan prabayar.
Klik untuk semak 5G disediakan Digi

U Mobile


Kapsyen: u mobile u25 u35 5g


Pelan-pelan baharu yang diperkenalkan U Mobile tahun ini sah diberikan bersama perkhidmatan 5G.

Berikut ialah pelan yang menyokongnya:

Pascabayar

  • U Postpaid 38 (30GB untuk 4G dan 5G)

  • U Postpaid 68 (100GB untuk 4G dan 5G)

  • U Postpaid 98 (1,000GB untuk 4G dan 5G, kongsi dengan 6 talian ahli U FamilyShare)


Prabayar

  • U 25

  • U 35


Untuk pakej atau pelan lama seperti Giler Unlimited (GX), Hero dan sebagainya, penggunanya buat masa ini tidak akan dapat nikmati rangkaian 5G walaupun berada di kawasan 5G dan menggunakan peranti yang menyokongnya.

Apakah U Mobile akan memberi 5G pada pelan-pelan tersebut mulai tahun depan? Kita tunggu.
Klik untuk semak 5G daripada U Mobile

Yes




Yes sudah menyediakan perkhidmatan 5G sejak tahun lalu lagi. Bukan hanya syarikat telekomunikasi pertama yang sediakan 5G pada pengguna akhir, tapi tawarannya juga menarik.

Menguntungkan, kesemua pelan di bawah hadir dengan penggunaan 4G dan 5G tanpa had dan tanpa kelajuan maksimum (speed cap).

Pascabayar

  • Infinite Basic / Infinite+ Basic (RM58)

  • Infinite Standard / Infinite+ Standard (RM88)

  • Infinite Premium / Infinite+ Premium (RM118)

  • Infinite Ultra / Infinite+ Ultra (RM178)


Infinite+ ialah pakej kontrak sehingga 36 bulan di mana hadir bersama peranti. Infinite pula pelan pascabayar tanpa kontrak dan tidak mempunyai pakej peranti.

Prabayar

  • Prepaid FT5G Unlimited


Jika anda kerap berbelanja di Shopee, anda boleh manfaatkan Databack di mana jumlah setiap RM50 sebulan akan 'ditukarkan' pada data sebanyak 5GB.

Salin kod baucar tersebut daripada Shopee dan tebus melalui aplikasi MyYes.
Klik untuk semak 5G daripada Yes

unifi




Jenama di bawah Telekom Malaysia ini menjadi telco kedua mengumumkan tawaran pekrhidmatan 5G. Diikutkan dulu, mereka mahu melancarkan 5G pada Februari lepas namun tidak pasti sebab menundanya.

Berikut pelan yang hadir bersama sokongan 5G:

Pascabayar

  • Unifi Mobile Postpaid (RM79)

    • RM59 sebulan jika kontrak 12 bulan

    • RM79 tanpa kontrak




Jangan keliru, lagi satu pelan juga berharga RM59 namun ia tanpa kontrak dan mempunyai kuota 10GB.

Prabayar

  • Bebas Monthly 55 (RM35)


Klik untuk semak 5G disediakan unifi