Disebabkan pandemik, budaya membeli-belah dalam talian semakin mendapat sambutan hangat dalam kalangan rakyat Malaysia. Alatan komputer dan gajet juga antara barang yang sering dibeli di laman seperti Shopee dan Lazada kerana jimat masa tidak perlu ke kedai, malah kebiasaannya dijual pada harga yang lebih murah.
Pun begitu, penipuan juga sering terjadi walaupun pengguna telah melakukan transaksi dengan berhati-hati. Saiful Raznan, seorang ahli kumpulan PC Gaming Community MALAYSIA di Facebook telah berkongsi pengalamannya membeli sebuah tetikus yang didakwa asli dari Logitech.
Beliau telah membeli tetikus Logitech G703 dari sebuah kedai di Shopee pada harga RM79. Walaupun denganĀ rating yang tinggi daripada ramai pembeli sebelumnya, namun beliau masih sangsi disebabkan harga yang dinyatakan. Penjual tersebut bagaimanapun tetap memberi jaminan bahawa produk yang dijual adalah tulen dan mereka hanya melakukan promosi terhad untuk 10 unit sahaja.
Sampai saja tetikus tersebut ke tangannya, beliau membandingkannya dengan tetikus lamanya yang asli daripada model yang sama dan ternyata, tetikus dari Shopee tersebut palsu. Banyak butiran dan kemasan yang berbeza jika dibandingkan dengan tetikus milik beliau sebelum ini. Beliau kemudiannya terus menghubungi penjual tersebut dan dengan mudah penjual tersebut setuju untuk memulangkan wang (refund). Harga pasaran bagi produk asli adalah sekitar RM350.
Ini mengukuhkan lagi dakwaan bahawa penjual tersebut sedia mengetahui barangannya adalah tiruan dan hanya menunggu pelanggan yang bijak untuk mengesan tipu daya mereka. Ini ternyata berkesan untuk jualan mereka kerana sudah ramai pelanggan yang menyangka ia asli melalui rating yang diberi.
Sememangnya banyak produk tiruan di laman e-dagang didakwa asli tetapi antara cara mengesannya adalah ia dijual pada harga yang tidak masuk akal. Sekiranya anda was-was atau atau takut membeli secara dalam talian, seeloknya lawatilah
Sumber: PC Gaming Malaysia
Baca juga: