Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
social media 2024_

Dewan Rakyat Lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024

Diterbitkan Disember 12, 2024 ยท Dikemas kini Disember 12, 2024 oleh Amalina Athman

Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Dalam Talian 2024, yang bertujuan meningkatkan dan menggalakkan keselamatan dalam talian di Malaysia.

RUU itu diluluskan melalui undi belah bahagi dengan 77 Ahli Parlimen bersetuju, 55 tidak bersetuju serta 90 tidak hadir.

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said ketika menggulung perbahasan RUU itu berkata undang-undang berkenaan ditumpukan kepada syarikat penyedia perkhidmatan yang bakal terlibat dalam proses pelesenan pada Januari depan.

Beliau berkata undang-undang itu adalah satu keperluan dengan mengambil kira kemajuan teknologi telekomunikasi dan persekitaran dalam talian yang lebih mencabar serta berbahaya, memandangkan hampir 80% rakyat Malaysia menggunakan platform media sosial.

Dengan pengguna berpuluh juta, duit berbilion ringgit, takkan (syarikat penyedia) nak berniaga untuk sahaja..mereka masuk wilayah kita, kena ada tanggungjawab.

Menurut RUU itu, menjadi kewajipan pemberi perkhidmatan aplikasi berlesen untuk melaksanakan langkah bagi mengurangkan risiko pengguna yang didedahkan kepada kandungan memudaratkan.

Pemberi perkhidmatan juga perlu mengeluarkan garis panduan kepada pengguna termasuk syarat-syarat penggunaan perkhidmatan itu, serta menyediakan mekanisme untuk melaporkan kandungan yang dipercayai memudaratkan.

Berkaitan

  • Platform Media Sosial, Pemesejan Dengan Minimum 8 Juta Pengguna Perlu Mohon Lesen Mulai 1 Ogos
  • Kerajaan Akan Gubal RUU Untuk Tangani Sindiket 'Scammer'
  • RUU Keselamatan Dalam Talian Akan Wajibkan Tiga Tanggungjawab Utama
  • Ini 7 Naik Taraf Baharu Pada HONOR X9c 5G Tapi Harga Masih Sama Macam Dulu

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • CelcomDigi Meterai Kerjasama 15 Tahun, Bakal Sediakan Sambungan Gentian Optik Di Kulim Hi-Tech Park
  • OpenAI Akan Satukan Had Penggunaan ChatGPT Dan Codex Mulai Disember
  • Maklumat Pelanggan Mungkin Terjejas Susulan Insiden Siber Amadeus - Malaysia Airlines
  • Pasport Malaysia 10 Tahun Kini Boleh Diperbaharui Melalui MyOnline Passport
  • Sarawak Energy Lancar 'Seri Batang Ai' - Bot Elektrik Pertamanya Dengan Panel Solar
  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
©2026 WISER.MY