Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Fahmi Fadzil_october24

RUU Keselamatan Dalam Talian Akan Wajibkan Tiga Tanggungjawab Utama

Diterbitkan Oktober 17, 2024 · Dikemas kini Oktober 17, 2024 oleh Amalina Athman

Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Dalam Talian bakal mewajibkan platform media sosial mematuhi tiga tanggungjawab utama.

Antaranya termasuk menjamin keselamatan platform, melindungi kanak-kanak di bawah umur 13 tahun dan menyekat akses kepada kandungan berbahaya.

Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata pihak platform berkenaan juga perlu menghantar Pelan Keselamatan Digital tahunan yang merangkumi strategi keselamatan dan pencapaian mereka.

Semalam, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri (BHEUU) mengadakan taklimat mengenai RUU Keselamatan Dalam Talian 2024. Kerangka RUU ini dibentangkan bertujuan untuk mengawal selia aktiviti dalam talian, terutamanya di platform seperti Meta, X dan TikTok.

Beliau menjelaskan matlamat utama RUU tersebut adalah untuk mengurangkan jenayah siber seperti penipuan dalam talian, agar dapat melindungi pengguna. Tambahan pula, terdapat beberapa jenayah fizikal kini telah berpindah di platform dalam talian seperti scam, jenayah seksual terhadap kanak-kanak serta perjudian dalam talian.

Terdahulu, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata sejak enam bulan lepas, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengadakan sesi libat urus bagi mendapatkan maklum balas daripada pihak berkepentingan seperti pakar keselamatan siber, pembangun teknologi serta jurutera komputer.

Berkaitan

  • RUU Keselamatan Dalam Talian Akan Dibentang Oktober Ini
  • Kerajaan Akan Tubuhkan Akademi Keselamatan Siber
  • Stok Terhad: Barang Elektronik Murah di Shopee – Jangan Lepaskan Peluang!
  • Kerajaan Akan Gubal RUU Untuk Tangani Sindiket 'Scammer'

Sumber: Teo Nie Ching

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
  • CelcomDigi Meterai Kerjasama 15 Tahun, Bakal Sediakan Sambungan Gentian Optik Di Kulim Hi-Tech Park
  • OpenAI Akan Satukan Had Penggunaan ChatGPT Dan Codex Mulai Disember
  • Maklumat Pelanggan Mungkin Terjejas Susulan Insiden Siber Amadeus - Malaysia Airlines
  • Pasport Malaysia 10 Tahun Kini Boleh Diperbaharui Melalui MyOnline Passport
  • Sarawak Energy Lancar 'Seri Batang Ai' - Bot Elektrik Pertamanya Dengan Panel Solar
  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
©2026 WISER.MY