Dengan menggunakan bakat dan telefon pintar berkuasa Apple iPhone 12 Pro Max, beliau telah menghasilkan karya fotografi yang berjaya menambat hati para juri pertandingan tersebut.
iPhone 12 Pro Max miliki sensor kamera utama yang 47% lebih besar berbanding siri model iPhone 12 yang lain. Permukaan lebih luas itu memberikan keupayaan menerima cahaya lebih banyak seterusnya membantu ketika rakaman di kawasan rendah pencahayaan.
iPhone 12 Pro Max turut dilengkapi dengan teknologi sensor shift optical image stabilization iaitu ciripenstabilan yang biasaanya dilihat ada pada kamera DSLR dan mirrorless. Ciri ini membolehkan sensor bergerak mengikut arah gerakan tangan sekaligus mengurangkan gegaran ketika rakaman dibuat.
Juri MPA menyatakan, antara sebab kenapa karya fotografi Liu KunKun dipilih sebagai pemenang MPA 2021 kerana set foto yang dihantarnya yang konsisten dan asli.
Malah juri MPA juga menyatakan, Liu KunKun mahir dengan fotografi geometri dan perspektif yang digabungkan dengan warna dan gaya minimalis dengan caranya tersendiri.
Salah satu karya Liu KunKun bertajuk Walking. Kredit: MPA"...Ketika sedang merakam gambar, saya memikirkan lebih tentang kenapa mahu merakam gambar itu? Apa yang sedang dirakam? Mengapa gambar itu releven dirakam dan maksud disebalik gambar serta ekspresi?" – Liu KunKun
Kemenangan itu membolehkan Liu KunKun membawa pulang wang berjumlah USD3,000.00.
Mobile Photography Awards mula dianjurkan pada tahun 2011 dahulu. Pertandingan akan dibuka bermula dari bulan Oktober sehingga Disember setiap tahun.
Sebanyak 20 kategori fotografi dipertandingkan seperti arkitektur, hitam dan putih, potret, fotografi jalanan dan seni digital.
Sumber: MPA
Baca juga:
Berkaitan
- MOSTI Akan Laksana Projek Stesen Pengisian Semula Hidrogen Akhir Tahun Ini
- Samsung Galaxy Membuatkan Kami Lebih Gembira Berbanding iPhone - Pengguna A.S
- Penggodam Gagal Menggodam iPhone 11 Tapi Berjaya Menggodam Pelayar Chrome, Edge Dan Safari
- iPhone Memacu Apple Kembali Sebagai Jenama Paling Bernilai Di Dunia Bagi Tahun 2022
- Model Honda Accord Terdahulu Dinaik Taraf, Sokong Ciri Wayarles Apple CarPlay Dan Android Auto
- Apple Sekali Lagi Tewas Saman Terhadap Swatch, Kali Ini Berkaitan Penggunaan Eksklusif Slogan 'One More Thing' Pula
- Enjin Motosikal Boleh Menjejaskan Prestasi Kamera iPhone - Apple
- Pengguna iPhone Di Malaysia Lebih Suka Model Mahal Dan Skrin Besar - OpenSignal
- 3 Aplikasi Rasmi Apple Ini Kini Tersedia Untuk Pengguna Windows
- Nokia Sertai Tender Projek Infrastruktur 5G Malaysia