Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone 12 Pro Max iFixit

Ini Rupa Sensor 12MP Dalam iPhone 12 Pro Max, Lebih Besar Berbanding iPhone 12 Yang Lain

Diterbitkan November 23, 2020 oleh Helmi Samsuri

Rata-rata dari peminat Apple pastinya sudah maklum bahawa iPhone 12 Pro Max merupakan iPhone paling besar pernah diperkenalkan jenama tersebut. Datang dengan ukuran 6.7 inci, ia dilengkapkan dengan beberapa perbezaan pada komponen dalaman berbanding model Pro dan lain-lain.

Salah satu kelainan boleh dilihat pada saiz sensor yang digunakan. Setiap model iPhone 12 mempunyai sensor 12MP (f/1.6), tetapi sensor utama pada versi Pro Max adalah 47% lebih besar berbanding yang lain. Permukaan lebih luas itu memberikan keupayaan ambilan cahaya lebih banyak, seterusnya membantu ketika rakaman dikawasan rendah pencahayaan.

iphone 12 Pro Max iFixit
Sensor iPhone 12 Pro Max dibawah dibandingkan dengan sensor iPhone 12 Pro.

Disamping itu, ia turut disertakan dengan teknologi sensor shift optical image stabilization, penstabilan yang kebiasaannya dilihat pada kamera DSLR dan mirrorless, jelas iFixit. Melalui ciri ini, sensor mampu bergerak mengikut arah gerakan tangan sekaligus mengurangkan gegaran ketika rakaman dibuat.

Bateri iPhone 12
Bateri iPhone 12 Pro Max berbentuk “L” dibandingkan dengan bateri bagi model iPhone 12 yang lain.

Turut dipertontonkan oleh iFixit adalah bateri iPhone 12 Pro Max yang berbentuk “L”. Ia berkapasiti 3687mAh, sementara iPhone 12 dan iPhone 12 Pro berkongsi kapasiti yang sama 2815mAh dan iPhone 12 Mini dengan nilai terendah, 2227mAh.

Sumber: iFixit

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY