Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Dell Mudahkan Pengguna Pilih PC Dengan Perkenalkan Dell, Dell Pro Dan Dell Pro Max

Dell Mudahkan Pengguna Pilih PC Dengan Perkenalkan Dell, Dell Pro Dan Dell Pro Max

Diterbitkan Januari 7, 2025 · Dikemas kini Januari 7, 2025 oleh ariff bukhari

Dell hari ini membariskan komputer terbaru mereka untuk tahun 2025 ini menerusi komputer meja dan komputer riba terbaru dengan memperkenalkan portfolio PC AI untuk keperluan peribadi dan profesional.

Malah untuk memudahkan pelanggan memilih, Dell menjenamakan tiga kategori produk utama mereka kepada Dell (untuk kegunaan harian seperti bermain, belajar, dan bekerja), Dell Pro (untuk produktiviti profesional) dan Dell Pro Max (untuk prestasi maksimum).

Dell Mudahkan Pengguna Pilih PC Dengan Perkenalkan Dell, Dell Pro Dan Dell Pro Max
Penjenamaan baharu Dell dengan memperkenalkan tiga kategori PC sekali gus lebih memudahkan pengguna dalam membuat pilihan bijak.

Terus sahaja mula dengan Barisan Dell Pro, ia dikuasakan oleh pemproses Intel Core Ultra (SKU Siri 2, V dan U) dan pilihan pemproses AMD Ryzen yang menawarkan hayat bateri luar biasa, pengalaman Copilot+ PC dan produktiviti di pejabat, di rumah atau di mana-mana sahaja.

Dell Pro menampilkan Dell Pro 13/14 Premium, Dell Pro 13/14/16 Plus, Dell Pro 14/16 dan versi komputer meja Dell Pro Desktops.

Dell Mudahkan Pengguna Pilih PC Dengan Perkenalkan Dell, Dell Pro Dan Dell Pro Max
Dell Pro 14 Premium
Dell Mudahkan Pengguna Pilih PC Dengan Perkenalkan Dell, Dell Pro Dan Dell Pro Max
Keluarga Dell Pro Plus termasuklah model Dell 16 Plus 2 dalam 1.
Dell Mudahkan Pengguna Pilih PC Dengan Perkenalkan Dell, Dell Pro Dan Dell Pro Max
Dell Pro 14 dan 16.
Dell Mudahkan Pengguna Pilih PC Dengan Perkenalkan Dell, Dell Pro Dan Dell Pro Max
Dell Pro Desktops: tersedia dalam reka bentuk mikro, langsing dan menara.

Untuk versi teratas paling berprestasi pula, Dell memperkenalkan Dell Pro Max yang terdiri daripada komputer riba 14 dan 16 inci serta komputer meja Dell Pro Max Desktops.

Dell Mudahkan Pengguna Pilih PC Dengan Perkenalkan Dell, Dell Pro Dan Dell Pro Max
Dell Pro Max 14 dan 16 tawar prestasi dalam reka bentuk mudah alih, ringan dan moden. Model 16 incinya menawarkan pilihan paparan sehingga resolusi QHD+, 16:10 dan skrin sentuh.
Dell Mudahkan Pengguna Pilih PC Dengan Perkenalkan Dell, Dell Pro Dan Dell Pro Max
Dell Pro Max Desktops tersedia dalam faktor bentuk mikro, langsing dan menara, yang menawarkan grafik profesional NVIDIA RTX dan pilihan grafik AMD untuk menjalankan aplikasi industri yang mencabar.

Barisan PC terbaru Dell ini akan tiba dalam tahun 2025 ini dengan harga yang akan diumumkan nanti.

Pada masa yang sama, Dell turut memaklumkan bahawa Portfolio mereka akan berkembang akhir tahun ini untuk memasukkan lebih banyak pilihan pemproses Siri AMD dan Snapdragon X.

Malah mereka juga akan memperkenalkan peranti baharu dalam peringkat permulaan, yang menawarkan peranti harian yang menyediakan penggunaan mudah dan reka bentuk praktikal, dan peringkat Premium, yang meneruskan legasi XPS sebelum ini.

Berkaitan

  • Dah Tamat Waranti Tapi Masih Nak Jimat Duit Hantar Servis Peranti HUAWEI? Ini Berita Baik Untuk Anda
  • Anggota JPJ Bakal Guna Kamera Badan - Menteri Pengangkutan
  • Apple Dan Google Terpaksa Buang 6 Aplikasi VPN Ini Dari Stor Mereka Di India

Sumber: Dell

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY