Sebelum ini, Dell Technologies pernah memperkenalkan produk laptop model XPS 13 Plus di program CES 2022 sebagai gambaran peranti moden mereka.
Kini, mereka telah rasmikan barisan laptop model XPS terbaru bersama teknologi kecerdasan buatan iaitu XPS 16, XPS 14 dan XPS 13 yang menjalankan Windows 11 dengan dua pilihan warna iaitu Platinum dan Graphite.
XPS 16

Dell siri XPS 16 ini menawarkan reka bentuk aluminum dengan paparan skrin OLED 4K+ 16.3 inci yang berkadar segar semula 120Hz. Komputer riba ini juga dilindungi dengan pelindung skrin Gorilla Glass 3.
Selain itu, ia dikuasakan cip pemprosesan Intel Core Ultra 9 dan kad grafik NVIDIA RTX 4070. Model ini pula mempunyai kapasiti bateri 99.5Whr dengan pengecasan ExpressCharge 1.0.
Untuk pembelian, Dell Malaysia menetapkan harga RM8,999 (16GB RAM + 512GB) per unit.
XPS 14

Untuk model XPS 14, komputer riba ini dikuasakan Intel Core Ultra 7 dan GPU NVIDIA RTX 4050.
Paparan skrin yang digunakan adalah skrin OLED 3.2K+ 14.5 inci dengan kadar segar semula 120Hz. Bateri yang digunakan berkapasiti 69.5Whr dengan pengecasan ExpressCharge 1.0.
Harga bagi XPS 14 ini adalah RM8,499 (16GB RAM + 512GB) per unit.
XPS 13

Bagi model XPS 13 yang hadir sebagai penambahbaikan daripada XPS 13 Plus, ia hadir dengan penguasaan cip pemprosesan Intel Core Ultra 7 dan kad grafik Intel Arc.
Skrin yang digunakan adalah paparan skrin OLED 3K+ 13.4 inci dengan kadar segar semula 120Hz. Kapasiti bateri yang disediakan adalah 55Whr dengan pengecasan ExpressCharge 1.0.
Harga untuk model XPS 13 ini adalah RM5,499 (16GB RAM + 512GB) per unit.
Untuk penggunaan teknologi kecerdasan buatan, Windows Copilot telah diintegerasi dalam setiap model XPS yang digandingkan dengan Windows 11.
Untuk maklumat lanjut dan pembelian produk XPS ini, sila layari pautan INI.
{suggest}
Sumber: Siaran Media Dell Technologies
