Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article – 2024-01-03T195431.827

HUAWEI MatePad Pro 13.2 Sedia Untuk Prapesan Sehingga 8 Januari 2024

Diterbitkan Januari 4, 2024 oleh Muhd Idham

Bersempena kehadiran tablet HUAWEI MatePad Pro 13.2″ ke pasaran tempatan bermula 9 Januari 2024, HUAWEI Malaysia kini telah membuka ruang untuk rakyat Malaysia membeli peranti ini secara prapesan dari dalam dan luar talian.

web 6
HUAWEI MatePad Pro 13.2″

Untuk imbas kembali, tablet ini dikuasakan dengan cip pemprosesan Kirin 9000s dengan konfigurasi 12GB RAM serta 2 pilihan storan, 256GB dan 512GB.

Selain itu, ianya juga hadir bersama HUAWEI M-Pencil Gen 3 dengan paparan skrin OLED 13.2 inci yang berkadar segar semula 144Hz.

Untuk spesifikasi lanjut, anda boleh baca di SINI.

Oleh yang demikian, HUAWEI Malaysia juga turut membuka ruang prapesan untuk peranti HUAWEI MateBook D16 yang dikuasakan dengan Intel Core i9 Gen 13 dan HUAWEI FreeClip bagi pembelian rakyat tempatan.

HUAWEI MatePad Pro 13.2 Sedia Untuk Prapesan Sehingga 8 Januari 2024
HUAWEI MateBook D16
HUAWEI MatePad Pro 13.2 Sedia Untuk Prapesan Sehingga 8 Januari 2024
HUAWEI FreeClip

Dalam tempoh prapesan yang ditetapkan sehingga 8 Januari 2024 ini, HUAWEI Malaysia turut menyediakan tawaran hadiah bagi setiap pembelian berupa HUAWEI Smart Magnetic Keyboard, HUAWEI FreeBuds Pro 2, HUAWEI M-PENCIL dan HUAWEI Sound Joy.

Anda boleh mula membuat prapesan peranti-peranti tersebut melalui cawangan rasmi HUAWEI yang terpilih serta gedung dalam talian HUAWEI Official Website.

Untuk maklumat lanjut mengenai pelancaran rasmi HUAWEI MatePad Pro 13.2″, HUAWEI MateBook D16 dan HUAWEI FreeClip, anda boleh layari halaman rasmi Facebook dan Instagram HUAWEI.

Berkaitan

  • Huawei MatePad Pro 13.2 Bakal Tersedia Di Malaysia Tak Lama Lagi
  • Siri vivo X100 Rasmi Di Malaysia - Cip Dimensity 9300, Harga Bermula RM3,499
  • Carian "Weather" Di Google Search Kini Lebih Meriah
  • Nipis Dan Ringan, HONOR Magic V2 Akan Tiba Di Malaysia

Sumber: Siaran Media HUAWEI Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY