Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Astro logo

9 Rancangan Ini Yang Paling Popular Di Astro Sepanjang 2023

Diterbitkan Januari 4, 2024 oleh ariff bukhari

Astro menyenaraikan rancangan-rancangan paling diminati oleh para penonton Astro pada tahun 2023.

Berdasarkan senarai ini, para penonton lebih cenderung menonton drama, rancangan hiburan, realiti dan sukan secara langsung.

Berikut adalah senarai 9 rancangan popular Astro yang berjaya menambat hati penonton sepanjang tahun lalu:

  1. Projek: High Council – Daripada pencipta Projek: Anchor SPM, siri ini memaparkan kisah benar yang berlaku di dalam kehidupan pelajar asrama dan mengetengahkan isu semasa di sekolah seperti kegiatan buli, masalah depresi, dan isu kekeluargaan.
  2. All Stars Gegar Vaganza – Pertandingan nyanyian realiti No. 1 Malaysia kembali untuk musim kesepuluh dan kali ini mempertandingkan semua juara musim dari sebelumnya.
  3. Andai Itu Takdirnya – Adaptasi novel terlaris Siti Rosmizah yang mengisahkan Aleya, seorang gadis dari keluarga sederhana dan Syed Adam Aizril, anak kepada seorang tokoh korporat.
  4. Malaysian Football League – Astro adalah penyiar rasmi Malaysian Football League yang terdiri daripada Perlawanan Sumbangsih, Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia.
  5. Liga Perdana – Semua 380 perlawanan musim 2023/2024 disiarkan secara langsung di Astro yang mempamerkan kemuncak bola sepak Inggeris.
  6. Pasanga – Drama bersiri Tamil yang mengisahkan kepentingan persahabatan, kekeluargaan dan kasih sayang.
  7. Didi & Friends – Kartun edutainment kegemaran kanak-kanak prasekolah Malaysia berkonsep muzik yang menampilkan tiga ekor ayam comel menyanyikan sajak-sajak setempat.
  8. Travel with Mummy – Duo pengembaraan luar biasa, Jason Yeoh dan Jack Lim bersama-sama ibu mereka bersedia untuk melawat beberapa destinasi pelancongan terbaik.
  9. Travelawak: Projek Bapak-Bapak – Program kembara realiti komedi yang menghimpunkan legenda tempatan termasuk Datuk Ramli MS, Datuk Jalaludin Hassan, Roy Azman dan Jatt Ali.

Astro Memperlihatkan Rancangan-Rancangan Terbaik Di Sepanjang 2023

Semua pelanggan Astro juga boleh menikmati tontonan PERCUMA untuk saluran baharu iaitu HITS NOW (Saluran 702) yang akan tersedia kepada semua pelanggan dari 10 Januari 2024 hingga 31 Mac 2024.

Ia disertai dengan akses terhad kepada 5 saluran tambahan: HBO Hits, HBO Family, Showcase, K-Plus dan Moonbug secara percuma.

Berkaitan

  • Astro Lancar Saluran Percuma Baharu, 'Ultraman'
  • Astro Tawar WiFi Lagi Kencang Dari RM90/bulan Untuk Pelanggan Sedia Ada
  • Astro Tawar Akses Percuma 6 Saluran Baharu Bermula 1 Januari 2024

Sumber: Siaran media Astro

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY