Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
7 Kontroversi OnePlus Paling Diingati Oleh Pengguna

Ini Adalah 10 Telefon Pintar Android Global Paling Berkuasa Setakat Disember 2023

Diterbitkan Januari 4, 2024 · Dikemas kini Januari 4, 2024 oleh ariff bukhari

Sebagai penutup tahun 2023, laman penanda aras peranti pintar, AnTuTu telah menyenaraikan 10 model telefon pintar Android yang paling berprestasi bagi bulan Disember 2023.

Untuk bulan Disember, tiada peranti yang mendapat skor markah kurang dari 2 juta mata.

Ia agak mengejutkan kerana ini adalah purata markah bagi setiap telefon yang dikira berdasarkan data dari seluruh dunia.

OnePlus 12, yang telah dilancarkan pada minggu pertama bulan Disember lalu untuk pasaran China telah mengambil tempat pertama dengan skor setinggi 2,188,135 mata.

OnePlus 12 global launch
OnePlus 12 versi global disahkan akan dilancarkan pada Januari ini. Ia akan dikuasakan cip Snapdragon 8 Gen 3 serta kamera Hasselblad generasi ke-4 bersama 64MP lensa periskop dengan 3x zum.

Dengan cip Snapdragon 8 Gen 3 yang berkuasa, prestasinya juga dibantu sistem penyejukan ruang wap besar-besaran 9,140mm² terbina di dalamnya untuk memastikan suhu terkawal.

Sekali gus  memberikan CPU lebih ruang untuk menolak prestasinya lebih tinggi.

Tetapi, turut menonjol dalam senarai itu ialah iQOO Neo 9 Pro di nombor 3, dengan skor purata 2,181,443 mata, yang dikuasakan cip Dimensity 9300. Peranti ini mampu menarik pelanggan yang mencari pilihan permainan mesra bajet.

Malah Siri iQOO 12 dan iQOO 12 Pro turut menghuni carta 10 telefon pintar paling berprestasi kali ini.

iqoo 12
Tiada model iQOO 12 Pro, hanya Siri iQOO 12 sahaja dilancarkan untuk pasaran Malaysia.

Manakala flagship Red Magic 9 Pro+ yang berada di nombor 1 pada bulan November lepas telah merosot ke nombor 6. Ini berkemungkinan kerana prestasinya telah merosot sekitar 40,000 mata berbanding bulan November.

Berikut adalah senarai penuh kedudukan 10 telefon pintar Android utama peringkat global berdasarkan prestasi menurut AnTuTu untuk bulan Disember 2023:

antutu disember 2023

  1.  OnePlus 12, Snapdragon 8 Gen 3, 24GB+1TB – 2,188,135
  2. Vivo X100, Dimensity 9300, 16GB+1TB – 2,186,019
  3. iQOO Neo 9 Pro, Dimensity 9300, 16GB+1TB – 2,181,443
  4. iQOO 12, Snapdragon 8 Gen 3, 16GB+1TB – 2,179,003
  5. iQOO 12 Pro, Snapdragon 8 Gen 3, 16GB+1TB – 2,178,873
  6. Red Magic 9 Pro+, Snapdragon 8 Gen 3, 16GB+512GB – 2,142,329
  7. Nubia Z60 Ultra, Snapdragon 8 Gen 3, 16GB+512GB – 2,142,178
  8. Vivo X100 Pro, Dimensity 9300, 16GB+1TB – 2,134,331
  9. Xiaomi 14, Snapdragon 8 Gen 3, 16GB+512GB – 2,043,710
  10. Xiaomi 14 Pro, Snapdragon 8 Gen 3, 16GB+1TB – 2,041,656 
Sumber: Gizmochina
(Beli pelbagai model telefon pintar di Shopee dan Lazada)

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • Pelancaran Global Siri OnePlus 12 Sah Berlangsung Januari Depan
  • RedMagic 9 Pro Tersedia 1 Januari Depan, Harga Bermula RM3699
  • Siri vivo X100 Rasmi Di Malaysia - Cip Dimensity 9300, Harga Bermula RM3,499

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY