Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Deezer Ambil Tindakan Ke Atas Lagu Janaan AI

Deezer Ambil Tindakan Ke Atas Lagu Janaan AI

Diterbitkan Jun 23, 2025 oleh Amsyar Latif

Deezer, perkhidmatan penstriman muzik dari Perancis, kini mula menanda lagu yang dikenal pasti sebagai dihasilkan sepenuhnya oleh kecerdasan buatan (AI) di mana menjadikannya platform pertama di dunia yang mengambil langkah ini, menurut CEO Alexis Lanternier.

Langkah ini diambil selepas peningkatan mendadak lagu AI dimuat naik ke platform, daripada 10,000 lagu sehari pada Januari kepada lebih 20,000 pada April, merangkumi sekitar 18% muzik baharu.

Deezer tidak membuang lagu AI, tetapi menghentikan penjanaan pendapatan (demonetise) bagi memastikan royalti tidak dialihkan daripada artis sebenar.

Lagu yang disyaki dicipta melalui AI seperti Suno atau Udio akan diberi label “content generated by AI”.

Deezer menggunakan alat pengesanan buatan sendiri dengan ketepatan 98%, berdasarkan isyarat dalam audio yang tidak boleh didengar oleh telinga manusia tetapi boleh dikesan secara teknikal.

Dengan 9.7 juta pengguna, Deezer masih kecil berbanding Spotify yang mempunyai 268 juta pengguna.

Namun, berbeza dengan Spotify yang belum mengambil tindakan terhadap kandungan AI, Deezer memilih untuk bertindak lebih awal walaupun belum ada garis panduan undang-undang yang jelas.

Berkaitan

  • Spotify Ada Ciri Baru, Bolehkan Pengguna 'Snooze' Lagu Sehingga 30 Hari
  • Pelajar Sarawak, Ini Lokasi Sah Dan Cara Untuk Tebus 'Laptop' Percuma Anda
  • YouTube Ada Taktik Baru Tangani Pengguna Penyekat Iklan

Sumber: AFP

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY