Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
one piece

Jom Ke Pameran One Piece “The Great Era of Piracy” Asia Tour Di Genting Highlands

Diterbitkan April 28, 2023 · Dikemas kini April 28, 2023 oleh ariff bukhari

Mungkin masih ada peminat anime yang tak tahu bahawa kini sedang berlangsungnya pameran anime One Piece di Malaysia.

Pameran One Piece “The Great Era of Piracy” Asia Tour Exhibition adalah julung-julung kali dibawakan ke Asia Tenggara.

Pameran ini membawa anda menyelusuri sebanyak 21 tema ikonik dari siri anime One Piece.

Sepanjang pameran itu juga pengunjung berpeluang berinteraksi secara interaktif menggunakan telefon pintar bagi memainkan permainan khusus dari aplikasi ONE PIECE Great Era of Piracy.

ONE PIECE Great Era of Piracy
Sebelum pergi ke pameran itu, anda disyorkan muat turun aplikasi ONE PIECE Great Era of Piracy ini dahulu untuk memudahkan anda.

Bertempat di Pavilion, Skytropolis Indoor Theme Park, Resorts World Genting, pameran ini bermula dari 23 Mac 2023 sehingga 8 Mei 2023 yang dibuka setiap hari bermula dari jam 10 pagi sehingga 10 malam.

Tiket bagi memasuki pameran One Piece ini berharga dari RM50 (pelajarm warga emas dan kanak-kanak), RM90 (dewasa), RM110 (pelancong dewasa luar negara) dan percuma bagi kanak-kanak berumur 3 tahun dan ke bawah.

one piece
one piece
one piece
one piece
one piece
one piece

P/s: Tips untuk korang – mesti bawa power bank.

Berkaitan

  • Netflix Malaysia Makin Rancak Dengan Siri Anime 'One Piece'
  • CelcomDigi Lanjutkan Akses 5G Percuma Hingga 31 Mei 2023
  • Asus ROG Ally Akan Dilancarkan Pada 11 Mei Depan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 10 Model Telefon Pintar 2026 Dengan Kamera Terbaik Menurut DXOMARK
  • 7 Pengasas Anthropic Kini Pegang Kepentingan Syarikat Bernilai Lebih RM88 Bilion Seorang
  • TikTok Lancar Ciri Kesan Deepfakes Bantu Pengguna Kenal Pasti Kandungan AI
  • Pengguna Canva Kini Boleh Matikan Ciri AI Generatif, Hadkan Kandungan Dijana AI
  • Yoghurt Beku (Yobe) Kini Terus Ke Rumah Anda Dengan foodpanda
  • Singapura Mula Tanggalkan Gantri ERP, Caj Jalan Raya Guna Satelit Mulai 1 Januari 2027
  • 3 Headphone ANC Bawah RM600
  • Ribuan Pekerja Anthropic Kini Jadi Jutawan Selepas Disenarai Di Wall Street
©2026 WISER.MY