Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
data bocor

Data MyKad 17 Juta Rakyat Malaysia Didakwa Bocor

Diterbitkan Disember 4, 2024 ยท Dikemas kini Disember 4, 2024 oleh Amalina Athman

Data kad pengenalan atau MyKad yang melibatkan 17 juta rakyat Malaysia didakwa telah bocor dan dijual di laman web gelap (dark web).

Data MyKad 17 Juta Rakyat Malaysia Didakwa Bocor

Pemilik akaun Fusion Intelligence Center @ StealthMole di laman X mendakwa platform itu telah berkongsi secara terbuka sampel kad pengenalan Malaysia, tanpa menamakan laman web gelap yang dimaksudkan.

Sebagai bukti, mereka telah berkongsi secara terbuka sampel kad pengenalan Malaysia di web gelap. Pelanggaran data besar-besaran ini menimbulkan kebimbangan kerana ia boleh membawa kepada jenayah serius seperti kecurian identiti dan penipuan kewangan.

Terdahulu, 4 juta data rakyat Malaysia didakwa milik Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) telah disenaraikan untuk jualan. JPN kemudiannya tampil mengeluarkan kenyataan dan mengesahkan tiada sebarang kebocoran data seperti yang didakwa.

Berbalik kepada konteks, buat masa ini masih belum ada sebarang kenyataan rasmi daripada pihak terlibat, sekali gus tidak dapat disahkan sama ada dakwaan itu benar atau sebaliknya.

Berkaitan

  • Kebocoran Data: Cadangan Kerajaan Boleh Diambil Tindakan Perlu Kajian Mendalam
  • Bank Rakyat Perjelas Isu Kemungkinan Data Bocor, Jamin Keadaan Terkawal
  • Nak Telefon Flip Tapi Skrin Besar, Kamera Lawa? Ini Telefon Anda Cari
  • JPN Dalam Fasa Akhir Muktamad Perolehan Kad Pengenalan Generasi Baharu

Sumber: @stealthmole_int

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY