Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MyKad Wide

JPN Dalam Fasa Akhir Muktamad Perolehan Kad Pengenalan Generasi Baharu

Diterbitkan November 20, 2024 · Dikemas kini November 20, 2024 oleh Amalina Athman

Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kini dalam fasa akhir memuktamadkan perolehan kad pengenalan struktur baharu, bagi menggantikan kad pengenalan sedia ada yang dikeluarkan sejak 2012.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata penggantian kad pengenalan baharu itu bagi memastikan kad pengenalan dikeluarkan JPN mempunyai ciri-ciri keselamatan yang tinggi, selamat dan dipertingkatkan selari dengan perkembangan teknologi keselamatan terkini.

Kad pengenalan baharu ini juga bagi membendung sebarang insiden dan percubaan untuk memalsu dan menyalahgunakan kad pengenalan yang merupakan dokumen penting bagi rakyat Malaysia.

Mengulas lanjut, Shamsul Anuar berkata kad pengenalan itu diperbuat daripada bahan policarbonat serta dilengkapi cip keselamatan berkapasiti stroran lebih besar, dengan piawaian keselamatan dan penyulitan dipertingkatkan.

Reka bentuk kad pengenalan generasi baharu ini tampil lebih moden dengan elemen torehan laser dan hologram lebih maju selaras dengan perkembangan teknologi terkini dan ciri keselamatan yang tinggi.

Dalam pada itu, beliau berkata KDN melalui JPN sedang menjalankan kajian pasaran supaya pelaksanaan kad pengenalan itu kelak memenuhi prinsip nilai faedah terbaik.

Ia bagi memastikan kos pengeluaran tidak membebankan kerajaan, selain menjamin penggunaan sumber secara optimum.

Berkaitan

  • Pengawal Keselamatan Tiada Kuasa, Hanya 5 Kategori Pegawai Boleh Pegang Kad Pengenalan
  • Permohonan MyKid Dibuka Semula Mulai 29 Julai
  • Ini 7 Naik Taraf Baharu Pada HONOR X9c 5G Tapi Harga Masih Sama Macam Dulu
  • JPJ Mungkin Kenakan Bayaran Untuk Cetakan Fizikal Lesen Memandu

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY