Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Gobind Singh_3

Kebocoran Data: Cadangan Kerajaan Boleh Diambil Tindakan Perlu Kajian Mendalam

Diterbitkan Mac 14, 2024 oleh Amalina Athman

Cadangan untuk menjadikan kerajaan sebagai entiti yang boleh dikenakan tindakan di mahkamah sekiranya berlakunya kebocoran data peribadi memerlukan kajian impak perundangan secara mendalam sebelum ia dapat dipertimbangkan.

Berkaitan

  • Huawei MatePad Pro 13.2, Tablet Besar Dan Berkuasa Macam 'Laptop' Tapi Ringan
  • Ini Tiga Telefon Paling 'Trending' Dan Dicari-Cari Pada Tahun 2023
  • JPDP Sahkan Tiada Ketirisan Data Peribadi Maxis - Menteri

Menteri Digital, Gobind Singh Deo berkata ketika ini terdapat juga negara lain yang mempunyai pendekatan berbeza dalam menangani isu berkenaan, sama ada menerusi pindaan undang-undang sedia ada atau penggubalan rang undang-undang baharu.

Gobind berkata Kementerian Digital menerusi Pejabat Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi (PDPA) juga telah menerima aduan dan laporan kebocoran data peribadi yang dipanjangkan daripada agensi lain termausk Polis Diraja Malaysia, Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Jelasnya, semua aduan berkenaan telah disiasat berdasarkan tujuh prinsip perlindungan data peribadi serta perundangan subsidiari yang berkuat kuasa.

Dalam pada itu, beliau berkata pihak kementerian sedang melaksanakan gerak kerja berkaitan cadangan pindaan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709) bagi tujuan memperkukuh kawalan keselamatan data peribadi.

Sumber: BERNAMA

Gambar utama: YB Gobind Singh

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY