Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Tiada Kebocoran Data Maklumat Seperti Didakwa – JPN

Tiada Kebocoran Data Maklumat Seperti Didakwa – JPN

Diterbitkan September 29, 2021 ยท Dikemas kini September 30, 2021 oleh Amsyar Latif

Semalam, terdapat laporan mendakwa 4 juta data rakyat Malaysia milik pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) disenarai untuk jualan.

Susulan daripada itu, PDRM sudah menerima laporan tersebut dan LHDN turut tampil memberi kenyataan mengenainya.

Hari ini, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin dalam kenyataan mengatakan JPN mengesahkan tiada sebarang kebocoran maklumat dalam data peribadi MyIdentiti.

Katanya, sistem kawalan keselamatan data ‘FireWall’ adalah sangat kukuh dan kesemua maklumat adalah dilindungi. Selain itu, JPN juga segera mengambil langkah keselamatan yang tinggi dan sentiasa mematuhi polisi penggunaan sistem myIDENTITY agar data sentiasa terjamin.

Tambahan lagi, JPN juga menggunakan perkhidmatan myIDENTITY dengan beberapa agensi kerajaan hanya untuk tujuan semakan dan pengesahan identiti warga Malaysia serta pemastautin tetap yang berurusan dengan agensi masing-masing.

Malah, mereka juga mengesahkan tiada sebarang kes seperti itu berlaku sebelum ini.

Sumber: Bernama

Baca juga:

  • 4 Juta Data Rakyat Malaysia Milik JPN Dilapor Disenarai Untuk Jualan
  • PDRM Dan LHDN Respon Terhadap Dakwaan Kebocoran Data Pembayar Cukai myIDENTITY
  • Waspada Panggilan Dari “Jabatan Kerajaan”

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY