Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
JKR BIGBEN

Dapatkan Info Jalan Ditutup Akibat Bencana Banjir Melalui Aplikasi JKR Ini

Diterbitkan Disember 2, 2024 ยท Dikemas kini Disember 2, 2024 oleh ariff bukhari

Untuk mengelakkan perjalanan anda terganggu akibat laluan jalan ditutup ekoran bencana banjir, tanah runtuh dan lain-lain, Jabatan Kerja Raya Malaysia telah membangunkan aplikasi yang dikenali sebagai ‘Sistem eBencana JKR‘.

Sistem eBencana ini memaparkan sistem maklumat geografi (GIS) yang dikendalikan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) yang bertindak sebagai saluran penyampaian maklumat kejadian bencana di seluruh Malaysia serta maklumat penutupan jalan dan jalan alternatif yang terlibat dengan bencana seperti banjir, banjir kilat, tanah runtuh/jalan runtuh, jalan runtuh dan jambatan rosak/runtuh.

Menerusi aplikasi ini, orang ramai boleh mengetahui lokasi bencana di peta terus dalam talian.

Sistem eBencana JKR
Sistem eBencana JKR
Sistem eBencana JKR

Aplikasi ini mudah digunakan dan sentiasa menyampaikan info terkini status semasa keadaan jalan raya yang terlibat dengan bencana.

Anda juga tidak perlu mendaftar untuk menggunakannya.

Aplikasi ini tersedia untuk peranti Android dan iOS atau boleh juga diakses dari LAMAN RASMI PENGURUSAN BENCANA JKR.

Berkaitan

  • Ikuti 12 Tips Keselamatan Elektrik Ini Ketika Berdepan Banjir
  • Tak Perlu Risau Cas Berkali-Kali: Bateri Telefon Baharu Ini Tahan Lama Dan Selamat
  • Perodua Dedah EMO-II, Generasi Terbaru Myvi Berkuasa Elektrik?

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Cara Dapat Langganan AI Percuma 3 Bulan Melalui Program AI Untuk Rakyat
  • ChatGPT Images 2.6 Kini Tersedia - Sokong GIF, Janaan Imej 50% Lebih Pantas
  • Kadar Pertumbuhan Syarikat Perlahan, Canva Umum Buang 1,271 Pekerja
  • MyCERT Saran Pengguna iPhone Kemas Kini iOS 27.2 Dengan Segera
  • Microsoft Mohon Paten AI Yang Boleh Ubah Ucapan Dan Gerak Bibir Dalam Video 'Live'
  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
©2026 WISER.MY