Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Daiwa IM Z LIMITBREAKER, ‘Reel’ Joran Pintar Untuk Si Kaki Pancing

Daiwa IM Z LIMITBREAKER, ‘Reel’ Joran Pintar Untuk Si Kaki Pancing

Diterbitkan Februari 17, 2023 · Dikemas kini Februari 17, 2023 oleh Firdaus

Daiwa Japan melancarkan reel baharu dalam series Z mereka – Daiwa IM Z LIMITBREAKER TW HD-C pada 20 Januari lepas. Menariknya, reel ini adalah sebuah peranti memancing pintar di mana pengguna boleh menghubungkannya dengan telefon melalui ciri “Connecting System”.

Reel dengan ciri Internet Benda (IoT)

IoT adalah sebuah jaringan peranti fizikal yang terintegrasi dengan teknologi seperti sensor atau perisian dengan tujuan pertukaran data antara peranti yang lain.

Daiwa IM Z LIMITBREAKER, ‘Reel’ Joran Pintar Untuk Si Kaki Pancing
Daiwa IM Z LIMITBREAKER, ‘Reel’ Joran Pintar Untuk Si Kaki Pancing

Sebagai contoh, peranti seperti telefon pintar dapat menghidup dan menutupkan mentol lampu pintar melalui sambungan ciri ini.

Oleh itu, Daiwa memperkenalkan IM Z LIMITBREAKER sebagai produk pertama yang menyokong sistem kawalan bluetooth pertama syarikat itu yang dinamakan Intelligent Magforce.

Sistem Intelligent Magforce Daiwa

Sistem ini direka untuk menghasilkan daya brek pada joran pengguna apabila berada di dalam situasi yang diperlukan. Selain itu, sistem ini juga mempunyai 4 jenis mod seperti di bawah:

Daiwa IM Z LIMITBREAKER, ‘Reel’ Joran Pintar Untuk Si Kaki Pancing

Daiwa IM Z ini mempunyai lampu LED di sisinya yang membolehkan pengguna mengetahui reel ini berada dalam mod yang mana.

Daiwa IM Z LIMITBREAKER, ‘Reel’ Joran Pintar Untuk Si Kaki Pancing

Menariknya lagi, aplikasi Daiwa yang telah dihubungkan dengan reel IM Z ini membolehkan pengguna mendapat dan membaca pelbagai jenis data hanya daripada peranti anda sahaja.

Secara ringkasnya, Daiwa IM Z LIMITBREAKER TW HD-C adalah sebuah reel baharu yang menawarkan pengalaman memancing yang lebih canggih dan holistik.

Berkaitan

  • Samsung Lancar TV Baru - Saiz Lebih 100 Inci, Berat Hampir 100 KG
  • Jangan Terburu-Buru Melabur Dalam A.I Kerana ChatGPT - Bapa Internet
  • Yes Juara Baru Penyedia Internet Mudah Alih Terpantas Di Malaysia - nPerf
  • 'Orang Dalam' Punca Berlaku Peningkatan Serangan Ransomware Pada Organisasi - Gigamon
  • CEO WhatsApp Gesa Jangan Guna Telegram, Dakwa Ia Aplikasi Intip Rusia

Sumber: Tackle Tour 

Gambar utama: Tackle Tour

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY