Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OpenAI ChatGPT Plus

Jangan Terburu-Buru Melabur Dalam A.I Kerana ChatGPT – Bapa Internet

Diterbitkan Februari 16, 2023 · Dikemas kini Februari 16, 2023 oleh ariff bukhari

Dikenali sebagai “bapa internet”, Vinton Gray Cerf memberi pendapatnya agar jangan terburu-buru melabur dalam perniagaan perbualan kecerdasan buatan (AI) kepada pihak-pihak yang tertarik dengannya susulan daripada lonjakan populariti ChatGPT.

Dalam persidangan yang berlangsung di Mountain View, California, baru-baru ini, beliau merayu kepada para hadirin persidangan itu untuk tidak berebut untuk melabur dalam perbualan AI hanya kerana ia adalah topik hangat ketika ini.

“Terdapat isu etika di sini yang saya harap sesetengah daripada anda akan pertimbangkannya, Semua orang bercakap tentang ChatGPT atau versi Google (Bard) dan kami tahu ia tidak selalu berfungsi seperti yang kami mahu,” kata Vint Cerf kepada orang ramai yang hadir persidangan itu.

Jangan Terburu-Buru Melabur Dalam A.I Kerana ChatGPT – Bapa Internet

Amaran dari Vint Cerf itu datang selepas beberapa syarikat teknologi besar seperti Google, Meta
dan Microsoft bergelut dengan cara untuk kekal berdaya saing dalam teknologi perbualan yang dikuasakan AI.

Vint Cerf pernah berkhidmat sebagai naib presiden Google sejak 2005. Dia dikenali sebagai salah seorang “bapa internet” kerana beliau adalah tokoh yang bertanggungjawab bersama mereka bentuk dan membina asas internet yang digunakan ketika ini.

Berkaitan

  • Google Bard Beri Fakta Tak Tepat, Alphabet Kerugian Lebih RM430 Bilion Nilai Pasaran
  • Shopee Tawar Khidmat Pinjaman Wang, SLoan - Ketahui Perkara Ini Terlebih Dahulu
  • Samsung Lancar TV Baru - Saiz Lebih 100 Inci, Berat Hampir 100 KG
  • ChatGPT Kurang Sesuai Sebagai Rujukan Agama - Bekas Mufti WP

Sumber: CNBC

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY