Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
yes 5g (3)

Yes Juara Baru Penyedia Internet Mudah Alih Terpantas Di Malaysia – nPerf

Diterbitkan Februari 16, 2023 oleh ariff bukhari

Dalam laporan yang diterbitkan oleh nPerf bertajuk “Barometer of Mobile Internet Connection In Malaysia 2022” mereka telah menobatkan syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi Yes sebagai juara baharu dalam menyediakan rangkaian internet mudah alih terpantas di Malaysia.

Yes didapati memberikan capaian kelajuan muat turun internet hampir mencecah 125Mbps di mana nPerf menyatakan kelajuan itu sebagai agak jauh di depan meninggalkan pesaing yang lain.

Tidak sekadar muat turun, analisis nPerf mendapati Yes memberikan kelajuan muat naik terpantas iaitu selaju 14Mbps.

Malah Yes juga didapati menawarkan latensi terbaik kepada para pelanggannya. Sekaligus secara keseluruhan, prestasi internet mudah alih terbaik di Malaysia adalah menjadi milik Yes.

Di kedudukan kedua pula adalah Unifi di mana nPerf mendapati kelajuan muat turun internet mudah alih Unifi mencapai sehingga 39Mbps.

Seterusnya diikuti oleh Digi (30.91Mbps), Maxis (24.05Mbps) dan terakhir Celcom (23.75Mbps).

best mobile Internet performances in Malaysia in 2022

Sumber: nPerf

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • Mercedes-Benz EQS 500 Dipasang 100% Di Pekan, Pahang Mula Tersedia Mac Ini
  • OPPO Find N2 Flip Rasmi Bagi Pasaran Global, Guna Dimensity 9000+ Dan Kamera Hasselblad 50MP
  • Shopee Tawar Khidmat Pinjaman Wang, SLoan - Ketahui Perkara Ini Terlebih Dahulu

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY