Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
‘s Cut_5

Ghost of Tsushima Director’s Cut Akan Tiba Di PC Mei Ini

Diterbitkan Mac 7, 2024 · Dikemas kini Mac 7, 2024 oleh Amalina Athman

Sony Interactive Entertainment (SIE) kini mengumumkan permainan eksklusif PlayStation, iaitu Ghost of Tsushima Director’s Cut akan tiba di PC pada 16 Mei 2024.

Berkaitan

  • Tencent Dilapor Sedang Bangunkan Permainan 'Elden Ring Mobile'
  • 4 Permainan Eksklusif Xbox Akan Ditawarkan Untuk PS5, Nintendo Switch

Ghost of Tsushima Director’s Cut pada PC termasuk permainan penuh, Iki Island Expansion, dan mod berbilang pemain dipanggil Legends.

‘s Cut_4
‘s Cut_3
‘s Cut_2

Versi PC ini akan menampilkan teknologi peningkatan dan penjanaan bingkai seperti NVIDIA DLSS 3 dan AMD FSR 3. Ia juga mempunyai sokongan Intel XeSS dan jika perkakasan mempunyai ruang tambahan, teknologi ini boleh digunakan bersama NVIDIA DLAA atau FSR 3 Native AA untuk meningkatkan lagi kualiti imej.

Selain itu, SIE berkata permainan aksi-pengembaraan versi PC ini akan dilengkapi sokongan kadar bingkai tidak berkunci, pelbagai tetapan dan preset grafik serta kawalan tetikus dan papan kekunci yang boleh disesuaikan.

Bagi mengoptimumkan permainan Ghost of Tsushima Director’s Cut pada PC, ia menyokong resolusi 21:9 (ultra lebar), 32:9 (super ultra lebar) dan 48:9 untuk tetapan tiga monitor.

Harga dan ketersediaan

Ghost of Tsushima Director’s Cut akan tersedia di PC bermula 16 Mei 2024. Namun, pengguna sudah boleh membuat pra-pembelian melalui Steam atau Epic Games Store pada harga RM249.

‘s Cut

Sekiranya membuat pra-pembelian, pengguna akan mendapat akses kepada buka kunci awal dalam-permainan berikut apabila tersedia pada 16 Mei nanti:

  • Game+ Horse Baharu
  • Pakaian Pengembara
  • Pewarna Broken Armor dari kedai Baku

Sumber: PlayStation Blog

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Graduan Pelatih Hong Leong Bank Bina Chatbot AI Dan Automasi RPA Dalam Program 12 Bulan
  • 5 Perkara Tentang "Grand Theft Auto VI" Yang Sudah Diketahui Setakat Ini
  • Percuma GTA VI Apabila Anda Beli Konsol PS5 Dengan Pelan CelcomDigi One
  • ASUS Lancar Zenbook 14, Vivobook S14 Dan S16 Baharu, Harga Bermula RM4,299
  • BIMB Mobile Ada Isu Keserasian Dengan Android 17 - Pengguna Diminta Tangguh Kemas Kini
  • OpenAI Perkenal GPT-6 Cyber - Diklasifikasikan Pada Tahap 'Kritikal' Dalam Keselamatan Siber
  • Pusat Data Terbaru Microsoft Di JB Dilengkapi Sistem Pendingin Cekap Guna Air
  • DJI Lancar Power Auro 2000 Elite, Stesen Kuasa 2kWh Lebih Kompak Pada Harga RM6,509
©2026 WISER.MY