Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
TWS Pertama Berteknologi XMEMS, Akhirnya Sesuatu Yang Baru Dalam ‘Wireless Earbud’

TWS Pertama Berteknologi XMEMS, Akhirnya Sesuatu Yang Baru Dalam ‘Wireless Earbud’

Diterbitkan Ogos 16, 2024 · Dikemas kini September 27, 2024 oleh Penaja

Selepas lebih seminggu menggunakannya, boleh dikatakan TWS (True Wireless Stereo) jenama ini mempunyai keunikannya tersendiri, membezakannya daripada jenama lain dalam hal teknologi yang digunakan.

Creative Aurvana Ace 2, TWS pertama dengan teknologi MEMS

Ini adalah fon telinga tanpa wayar (earbud wireless) daripada Creative Technology, sebuah jenama daripada Singapura yang sedang hangat dipasaran.

Fon telinga tanpa wayar, Creative Aurvana Ace 2 memberikan kelainan dengan pemacu teknologi berasaskan MEMS.  Teknologi baru ini dikeluarkan oleh syarikat xMEMS, merupakan sebuah syarikat teknologi yang menghasilkan pembesar suara MEMS dengan kemasan teknologi silikon monolitik.

**MEMS atau ‘Microelectromechanical Systems’ merujuk kepada peranti berteknologi tinggi dengan ukuran beberapa milimeter atau senang disebut, komponen elektrikal pada skala mikro.

Pengalaman audio yang sangat jelas, seakan hidup

Mungkin sebagai pembaca sukar untuk anda percaya, namun sebagai pengguna, prestasi audio Aurvana Ace 2 memberikan kejituan dalam keseluruhan spektrum audio, daripada nada tinggi yang tepat sehingga bes padat dan trebel dinamik dengan pemacu dinamik 10mm.
TWS Pertama Berteknologi XMEMS, Akhirnya Sesuatu Yang Baru Dalam ‘Wireless Earbud’

Fon telinga tanpa wayar daripada Creative Technology ini turut hadir dengan silikon-penuh, keadaan-pepejal perintis, berupaya untuk menawarkan respons frekuensi yang lebih luas daripada 5 Hz hingga 40 KHz, bagi memastikan pengalaman audio yang imersif dan seakan hidup untuk muzik, filem dan panggilan sidang.

Secara jujurnya, daripada pelbagai pilihan fon telinga yang sedia ada, Aurvana Ace 2 menjadi pilihan setiap kali ingin mendengar senarai main Spotify.  Bukan sahaja jelas, setiap hentakan bes membangkitkan mood ketika itu.  Akustik dan persembahan vokal yang didendangkan amat-amat mengagumkan. Jelas kedengaran petikan gitar, vokal suara penyanyi yang mendayu-dayu seolah-olah sedang menyaksikan konsert one-on-one.

Pembatalan hingar aktif hibrid (ANC) dan mod ambien yang canggih

Lengkap dengan fungsi pembatalan hingar aktif hibrid, Aurvana Ace 2 menawarkan pelarasan masa sebenar berdasarkan keadaan persekitaran dan padanan fon telinga, boleh dikatakan ia berfungsi dengan baik walau tidak setanding yang lain.

Mod ambien juga sama, pengguna masih boleh mendengar persekitaran luar dan kedua-dua fungsi ini boleh dikawal melalui aplikasi Creative.
TWS Pertama Berteknologi XMEMS, Akhirnya Sesuatu Yang Baru Dalam ‘Wireless Earbud’
Dengan pengaktifan ANC, Aurvana Ace 2 mampu bertahan sehingga 6 jam percaj dan selongsongnya menampung 18 jam ketahanan bateri. Melalui pengalaman penggunaan, menyah-aktifkan ANC dapat memperpanjangkan bateri sehingga 7 jam. Sekitar 1 jam 20 minit diperlukan untuk mengisi fon telinga ini secara penuh.

Aplikasi Creative Aurvana Ace 2

Aplikasi Creative menunjukkan maklumat tahap bateri untuk setiap fon telinga serta melalui aplikasi ini, equalizer dan ambient boleh dilaraskan mengikut keselesaan penggunanya.
TWS Pertama Berteknologi XMEMS, Akhirnya Sesuatu Yang Baru Dalam ‘Wireless Earbud’

Tahan lasak dan water-resistant

Walaupun selongsongnya diperbuat daripada plastik, tetapi ia cukup solid untuk kegunaan harian.  Aurvana Ace 2 memiliki ketahanan IPX5 yang bermaksud fon telinga ini kalis peluh dan berfungsi dengan baik walaupun disaat hujan.

TWS Pertama Berteknologi XMEMS, Akhirnya Sesuatu Yang Baru Dalam ‘Wireless Earbud’

Kesimpulannya,

Mendengar muzik menggunakan Aurvana Ace 2 memberikan pengalaman yang sangat selesa dan mcnyenangkan. Paling penting tdak sakit telinga dan kualiti audio dengan teknologi MEMS ini sangat-sangat baik.

Berkaitan

  • 5 Fon Telinga Berbaloi Bawah RM300
  • Xiaomi OpenWear Stereo Rasmi, Fon Telinga Rekaan Unik Pada Harga RM599
  • Lotus's Malaysia Sah Tamatkan Aplikasi Scan & Shop
  • Pixel Buds Pro 2 Diumumkan, Fon Telinga Pertama Dengan Gemini
  • Pixel 9 Dan Pixel 9 Pro XL Dibuka Untuk Prapesan, Ini Senarai Harga

Prestasi frekuensi tinggi daripada xMEMS Cowell solid-state driver menonjol pada beberapa lagu tertentu. Vokal dan petikan gitar terdengar  tajam dan ‘bersih’.  Tidak hairanlah ramai yang berkongsi yang Aurvana Ace 2 ini memberikan rasa tepat dan jelas yang sebelum ini kita hanya boleh dapat dariapda fon kepala yang besar dan pastinya lebih mahal.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY