Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Cara Mengaktifkan Mod Gelap Pada Pelayar Edge Chromium

Copilot Di Microsoft Edge Kini Dengan Pilihan GPT-5

Diterbitkan September 11, 2025 · Dikemas kini September 11, 2025 oleh ariff bukhari

Microsoft Edge telah  memperkenalkan Copilot Mode, yang memudahkan pengguna bukan sahaj membaca dan mencari maklumat, tapi juga membolehkan penggunanya berinteraksi secara langsung dengan AI untuk mendapatkan bantuan, cadangan, dan navigasi yang lebih pintar.

Menambah baikkan  lagi ciri ini, Microsoft kini mengumumkan Copilot di pelayar Edge turut membolehkan pengguna menggunakan ciri GPT-5 untuk carian yang lebih mendalam.

Microsoft membawa GPT-5 ke Copilot Mode di pelayar Edge di mana GPT-5 dapat memahami arahan anda dan secara automatik memilih model GPT-5 yang paling sesuai untuk tugasan tersebut.

Sebagai contoh, untuk soalan biasa, Copilot guna model laju untuk memberi jawapan ringkas dan pantas.

Tetapi, untuk jawapan mendalam bagi soalan kompleks atau terbuka, Copilot akan beralih ke model mendalam GPT-5 di mana ia merancang, mengumpul konteks, menyemak semula, kemudian beri jawapan yang lebih terperinci.

Copilot boleh diakses terus dari pelayar Edge dengan klik pada ikon Copilot di bahagian atas kanan pelayar dan anda boleh tetapkan pilihan Smart (GPT-5) pada mod ini.

Copilot ChatGPT 5

Microsoft memaklukan, Copilot Mode kini tersedia secara percuma untuk masa terhad di Edge untuk Windows dan Mac.

Microsoft menggalakkan pengguna mencuba dan memberikan maklum balas untuk memperbaiki ciri ini pada masa akan datang.

Berkaitan

  • Orang Kata Telefon Lipat Sama Je, Tapi Ciri Pada vivo X Fold5 Ni Buat Anda Fikir Balik
  • Daripada 5 Bank Digital, Hanya 2 Dilesenkan Bank Digital Islam Di Malaysia
  • Tor Lancar Aplikasi VPN Khusus Untuk Telefon Pintar Android

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • TikTok Shop Naikkan Kadar Komisen Bagi Kebanyakan Kategori - Berkuat Kuasa 31 Oktober 2026
  • Prapesan iPhone Duo Kini Dibuka Di Malaysia - Harga Bermula RM9,499
  • Malaysia Percepat Reka Bentuk Cip Menerusi IP Arm, Enam Cip Tempatan Dilancarkan
  • 3 Digital Audio Player Bawah RM400
  • Senario Terburuk Krisis Iklim Di Asia Selatan, 40.5 Juta Penduduk Berisiko Jadi Pelarian Menjelang 2050
  • Genting Dan Huawei Akan Bersama Bangunkan Bandar Pintar Teknologi Di Johor
  • RAM Mahal? 8GB Sudah Cukup Untuk PC Windows 11 - Microsoft
  • Sony Walkman Baharu Dipacu Android Dilancar Pada Harga ~RM11,750
©2026 WISER.MY