Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Cloudflare Sekat Bot AI, Pemilik Laman Kini Ada Kuasa Penuh

Cloudflare Sekat Bot AI, Pemilik Laman Kini Ada Kuasa Penuh

Diterbitkan Julai 15, 2025 oleh Amsyar Latif

Cloudflare, penyedia infrastruktur internet global, mengumumkan perubahan besar dalam cara bot AI mengakses laman web. Bermula 1 Julai 2025, semua laman web baharu yang menggunakan Cloudflare akan secara automatik menyekat bot AI daripada mengakses kandungan, kecuali jika pemilik laman memberi kebenaran secara jelas.

Ini memberi kawalan lebih besar kepada pencipta kandungan digital, sekali gus menyukarkan syarikat AI seperti OpenAI atau Google untuk mengumpul data tanpa kebenaran.

Setiap bot AI kini diwajibkan mengenalkan identiti mereka, nyatakan tujuan seperti latihan model atau enjin carian, dan tunggu kelulusan sebelum boleh mengakses laman.

Cloudflare juga memperkenalkan fungsi baharu yang membolehkan pemilik laman mengenakan bayaran kepada bot AI yang mahu mengakses kandungan mereka. Fungsi ini membuka peluang pendapatan baharu untuk penerbit dan pengendali laman web.

Sebagai tambahan, Cloudflare memperkenalkan sistem pertahanan dinamakan AI Labyrinth. Ia direka untuk mengelirukan bot yang tidak sah dengan kandungan palsu dan menjejaki tingkah laku mereka. Langkah ini mendapat sokongan daripada pelbagai jenama besar seperti Reddit, The Atlantic dan Condé Nast yang mahu melindungi nilai kandungan mereka di era AI.

Secara keseluruhan, tindakan Cloudflare ini memberi isyarat penting bahawa landskap internet sedang berubah. Penggunaan AI juga dilihat menjejaskan banyak trafik terhadap laman web. Jadi, ia perlu mempunyai situasi menang-menang buat AI dan juga penerbit kandungan.

Berkaitan

  • Pelajar Sarawak, Ini Lokasi Sah Dan Cara Untuk Tebus 'Laptop' Percuma Anda
  • AI Jadi Hos TV, Penyampai TV Di China Kini Berdepan Cabaran Getir
  • Malaysia Wajibkan Permit Eksport Untuk Cip AI Berprestasi Tinggi Dari AS

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Perkenal Gemini 4 Carbon, Model AI Frontier Dengan Fokus Keselamatan Siber
  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
©2026 WISER.MY