Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
2-compact-design-optimized-for-communication (1)

Click Communicator Diperkenal, Bukan Pesaing Tapi Pelengkap

Diterbitkan Januari 5, 2026 · Dikemas kini Januari 5, 2026 oleh ariff bukhari

Dalam dunia telefon pintar yang sarat hiburan, Clicks Technology memperkenalkan Clicks Communicator, sebuah telefon pintar yang direka khusus untuk komunikasi.

Ia bukan pesaing kepada telefon pintar moden dengan skrin sentuh seperti iPhone, tetapi pelengkap yang sesuai untuk dijadikan sebagai telefon kedua.

Clicks Communicator menekankan tiga prinsip utama iaitu konteks, input dan kawalan.

Antara ciri utamanya adalah bicu audio 3.5mm, suis fizikal, slot SIM dan storan microSD yang menyokong sehingga kapasiti 2TB.

Click Communicator Diperkenal, Bukan Pesaing Tapi Pelengkap
Clicks Communicator menjalankan sistem operasi Android 16 dengan sokongan 5 tahun kemas kini keselamatan.
Click Communicator Diperkenal, Bukan Pesaing Tapi Pelengkap
Peranti ini dilengkapi ciri butang kawalan berlampu yang dikenali sebagai Signal, direka untuk menonjolkan mesej yserta boleh disesuaikan dengan warna dan corak cahaya yang berbeza untuk individu, kumpulan, atau aplikasi tertentu.

Rekaannya juga kompak dengan berat 170g sahaja serta dimuatkan bateri 4,000 mAh.

Malah ia turut terbina kamera utama 50MP, kamera depan 24MP, sokongan  NFC dengan Google Pay, sambungan Bluetooth 5.4, Wi-Fi 6, USB-C dan pengecasan tanpa wayar serta sokongan 5G global.

Ditawarkan pada harga USD $499 (~RM2,030), tapi untuk pelancaran awal, ia ditawar serendah $399 (~RM1,600) dengan  tiga pilihan warna iaitu Smoke, Clover dan Onyx.

Clicks Communicator akan dipamerkan di CES 2026 Las Vegas yang akan berlangsung dari 6 hingga 9 Januari 2026.

Berkaitan

  • 5 Benda Yang Buat OriginOS 6 Rasa Lebih Kemas dan Lancar
  • LG Umum Laptop 17" Teringan Di Dunia Dengan GPU RTX
  • Volkswagen Kembalikan Kokpit Retro Pada EV Polo Baharu

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY