Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
lg-gram-pro-ai image 2

LG Umum Laptop 17″ Teringan Di Dunia Dengan GPU RTX

Diterbitkan Januari 2, 2026 · Dikemas kini Januari 2, 2026 oleh ariff bukhari

Era komputer riba gaming yang tebal dan berat mungkin bakal berakhir tidak lama lagi.

Ia selepas LG mengumumkan bahawa mereka akan perkenalkan model komputer riba 17 inci paling ringan di dunia di pameran teknologi CES 2026 yang akan berlangsung dari 6 hingga 9 Januari 2026 di Las Vegas.

Menerusi model LG gram Pro 17 (17Z90UR*), ia direka menggunakan bahan inovatif Aerominum yang menawarkan ketahanan setaraf standard tentera tetapi tetap mengekalkan mobiliti maksimum.

Walaupun bersaiz 17 inci, reka bentuknya sepadan dengan laptop 16 inci, menjadikannya mudah dibawa ke mana sahaja tanpa kompromi pada prestasi.

Walau bagaimanapun, berat komputer riba ini tidak didedahkan lagi yang mungkin hanya akan didedahkan semasa acara CES 2026 nanti

lg-gram-pro-ai image 1
lg-gram-pro-ai image 3

LG gram Pro 17 dilengkapi paparan LCD WQXGA (2,560 x 1,600) LCD di mana kuasa grafknya dikuasakan oleh NVIDIA GeForce RTX 5050 GPU dengan memori 8GB GDDR7, yang menangani tugasan grafik intensif, seperti permainan moden dengan lancar.

Selain itu, LG turut akan menampilkan model lain dalam barisan komputer riba LG gram iaitu LG gram Pro 16 (16Z90U), komputer riba ultra mudah alih yang menetapkan penanda aras baharu sebagai laptop 16 inci paling ringan dalam kelasnya.

Ia dilengkapi paparan OLED 16 inci WQXGA+ (2,880 x 1,800) yang menawarkan visual tajam, kontras tinggi dan pengalaman imersif untuk tugasan kerja serta kreatif.

LG menegaskan bahawa LG gram 2026 mewakili satu pencapaian baharu dalam usaha mereka untuk mencapai tahap mudah alih terbaik.

“Dengan Aerominum, kami berjaya menyelesaikan paradoks antara berat dan ketahanan, menghasilkan rekaan logam premium yang sangat ringan namun luar biasa tahan lasak,” kata Lee Choong-hwoan, Ketua Perniagaan Paparan di LG Media Entertainment Solution Company.

Berkaitan

  • Nak Rumah Selamat, Privasi Terjaga 24/7? Unifi Ada Penyelesaian Pintar
  • (Ulasan) MSI Titan 18HX - Terpaling 'Laptop Gaming', Tapi Kini Era 'Handheld'
  • Apa Itu Cip 2 Nanometer? Kecil Tapi Berkuasa Besar

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
©2026 WISER.MY