Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Ciri ‘Tap to Pay on iPhone’ Kini Tersedia Di Malaysia – Peniaga Boleh Terima Bayaran Tanpa Terminal

Ciri ‘Tap to Pay on iPhone’ Kini Tersedia Di Malaysia – Peniaga Boleh Terima Bayaran Tanpa Terminal

Diterbitkan April 22, 2026 · Dikemas kini April 22, 2026 oleh Amalina Athman

Apple hari ini mengumumkan ciri Tap to Pay on iPhone kini tersedia di Malaysia, membolehkan ribuan peniaga menerima pembayaran tanpa sentuh secara mudah dan selamat menggunakan iPhone.

Melalui ciri ini, peniaga hanya memerlukan aplikasi iOS yang disokong pada iPhone 11 atau lebih baharu yang menjalankan versi iOS terkini. Tiada perkakasan tambahan atau terminal pembayaran yang diperlukan.

Semasa pembayaran, peniaga hanya perlu meminta pelanggan untuk mendekatkan kad kredit atau debit tanpa sentuh, iPhone, Apple Watch atau dompet digital lain pada iPhone peniaga, dan pembayaran akan diselesaikan dengan selamat menggunakan teknologi NFC.

Ciri ‘Tap to Pay on iPhone’ Kini Tersedia Di Malaysia – Peniaga Boleh Terima Bayaran Tanpa Terminal

Tap to Pay on iPhone menyokong Apple Pay, dompet digital lain, serta kad kredit dan debit tanpa sentuh daripada rangkaian pembayaran utama di Malaysia termasuk American Express, JCB, Mastercard, MyDebit, UnionPay dan Visa.

Antara platform pembayaran yang sudah menyokong ciri ini termasuk ADAPTIS, Fiuu, HitPay, Stripe dan Zoho, menjadikannya antara yang terawal membawa Tap to Pay on iPhone kepada peniaga di Malaysia. Ciri ini juga akan diperluaskan tidak lama lagi untuk pembayaran di Apple The Exchange TRX.

Menurut Apple, data pembayaran pelanggan dilindungi oleh teknologi yang sama seperti Apple Pay yang menjadikannya peribadi dan selamat. Semua transaksi yang dibuat menggunakan Tap to Pay on iPhone diproses menggunakan Secure Element, dan Apple tidak mengetahui apa yang dibeli atau siapa yang membuat pembelian tersebut. Apple juga tidak menyimpan nombor kad atau maklumat transaksi pada peranti atau di pelayan Apple.

Berkaitan

  • Apple Mengumumkan Tap to Pay iPhone, Mungkin Dilancarkan Hujung Mac
  • ‘Hype’ Atau Tidak, Ini Yang OPPO Reno15 Sebenarnya Boleh Buat
  • TNG Digital, EPOS Perkenal EPOS360 BlueTap - Mudahkan Pembayaran Dengan Ciri 'Tap-to-Pay'

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY