Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
TNG BlueTap_

TNG Digital, EPOS Perkenal EPOS360 BlueTap – Mudahkan Pembayaran Dengan Ciri ‘Tap-to-Pay’

Diterbitkan Januari 16, 2026 · Dikemas kini Januari 16, 2026 oleh Amalina Athman

TNG Digital bersama EPOS, platform transformasi PKS daripada Ant International, kini melancarkan EPOS360 dan EPOS360 BlueTap di Malaysia.

EPOS360 diperkenalkan sebagai mini-program dalam TNG eWallet, membolehkan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Malaysia mengakses alat perniagaan berkuasa AI, integrasi pembayaran serta keupayaan pemasaran dalam satu platform.

Sebagai sebahagian daripada EPOS360, EPOS360 BlueTap turut dilancarkan. Ia merupakan peranti pintar (terminal pembayaran) yang menyokong pelbagai kaedah pembayaran.

BlueTap menggantikan pelekat QR statik dengan peranti profesional yang membolehkan pelanggan membuat pembayaran tap-to-pay dengan TNG eWallet, mengimbas DuitNow QR, serta tidak lama lagi akan menyokong kad kredit, debit dan prabayar.

TNG Digital, EPOS Perkenal EPOS360 BlueTap – Mudahkan Pembayaran Dengan Ciri ‘Tap-to-Pay’

Bagi peniaga, BlueTap memudahkan pengurusan transaksi dengan notifikasi pembayaran masa nyata. Setiap transaksi yang berjaya akan dipaparkan dan disertai amaran bunyi automatik melalui built-in soundbox, yang boleh dilaraskan dengan 12 tahap mengikut suasana kedai.

Peranti ini juga menyediakan pengumuman pembayaran dalam tiga bahasa iaitu bahasa Melayu, Inggeris dan Cina.

BlueTap tidak mempunyai pencetak terbina. Namun, ia akan menyokong pencetak Bluetooth luaran tidak lama lagi, membolehkan peniaga menyediakan resit bercetak apabila diperlukan.

TNG Digital, EPOS Perkenal EPOS360 BlueTap – Mudahkan Pembayaran Dengan Ciri ‘Tap-to-Pay’

EPOS360 BlueTap kini boleh didapati pada harga pengenalan RM199. Untuk pembelian atau maklumat lanjut mengenai peranti ini, layari laman rasmi EPOS.

Berkaitan

  • Bukan Hanya Pembayaran, TNG eWallet Kini Boleh Imbas Pelbagai Kod QR
  • Pertama Di Dunia, Ramai Terlepas Pandang Fungsi AI Dalam realme 15 Pro Ni
  • TNG eWallet Perkenal Kad Visa Travel Baharu – Pulangan Tunai Sehingga 3%, Tiada Caj Tukaran Asing
  • TNG Dan RHB Bank Diiktiraf e-Pembayaran Terbaik Malaysia 2025

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Penyelidik Korea Selatan Dakwa, Straw Kertas Tidak Lebih Mesra Alam Berbanding Straw Plastik
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
  • Agoda Kini Ada Pembantu AI Untuk Bantu Rancang Percutian, Buat Tempahan
  • MakaKami, Direktori Baharu Yang Himpun Aplikasi Buatan Malaysia
©2026 WISER.MY