Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Mengumumkan Tap to Pay iPhone, Mungkin Dilancarkan Hujung Mac

Apple Mengumumkan Tap to Pay iPhone, Mungkin Dilancarkan Hujung Mac

Diterbitkan Februari 9, 2022 · Dikemas kini Februari 9, 2022 oleh Faiz Munir

Sebelum ini kami ada melaporkan ura-ura bahawa Apple sedang berada dalam fasa menghasilkan fungsi baharu iaitu Tap to Pay (sentuh untuk bayar) menggunakan teknologi NFC. Dengan fungsi ini, pengguna iPhone boleh membuat transaksi kad tanpa memerlukan terminal tambahan. Kini Apple secara rasminya telah mengumumkan fungsi tersebut.

Fungsi yang dinamakan Tap to Pay ini mungkin dilancarkan pada hujung bulan Mac. Ia monyokong kad jenis Mastercard, Visa, American Express dan Discover. Apple juga tidak menjadikan fungsi ini sebagai fungsi eksklusif, oleh itu fungsi ini mungkin boleh digunakan oleh platform pembayaran pihak ketiga.

Apa yang menariknya adalah Apple bekerjasama dengan pihak ketiga iaitu Stripe, platform pembayaran pertama menerusi aplikasi Shopify. Aplikasi pembayaran lain akan akan turut menyusur sebelum hujung tahun ini.

Apple Mengumumkan Tap to Pay iPhone, Mungkin Dilancarkan Hujung Mac

Apple juga memastikan bahawa fungsi ini akan lebih mudah untuk melakukan transaksi di samping turut mengekalkan keselamatan dan privasi pengguna. Selepas dilancarkan nanti, pengguna iPhone XS hingga yang terkini akan dapat mengguna terus fungsi ini.

Buat masa ini, Apple menyatakan bahawa fungsi ini bakal tersedia di Amerika Syarikat sahaja. Diharap Malaysia akan dapat mengguna fungsi ini dengan segera selepas dilancarkan untuk memudahkan lagi transaksi dilakukan.

Sumber: Apple

  • Fungsi Baharu Apple Sentuh Untuk Bayar Mungkin Diperkenalkan Pada iOS 15.4
  • Pengguna iPhone Lebih Banyak Habiskan Duit Membeli Aplikasi Berbanding Pengguna Android
  • Mudah Didapati Dalam Talian, AirTag Ubah Suai Dijual Untuk Intip Individu

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY