Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
lesen memandu malaysia singapura

MyJPJ: Ini Cara Dapatkan Kod Sekuriti Bila Anda Daftar Akaun Baru

Diterbitkan Februari 15, 2023 · Dikemas kini Mac 7, 2023 oleh Aminuddin Ahmad

Kementerian dengan kerjasama JPJ dan PDRM telah melaksanakan lesen digital melalui MyJPJ di mana rakyat Malaysia tidak perlu lagi membawa kad lesen fizikal mahupun melekat cukai jalan pada cermin kereta.

lesen memandu di myjpj

Namun, sejak awal lagi pengguna menghadapi beberapa isu. Contohnya bagi yang sudah mempunyai ID MySikap perlu tetapkan semula kata laluan kerana lebih 3 bulan dan tempoh menunggu TAC juga terlalu serta tidak lancar.

Berkaitan

  • Nampak Pengguna Tak Patuhi Peraturan Jalan Raya? Ini Cara Mudah Buat Aduan
  • Ini Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Lesen Memandu Dan 'Road Tax' Digital
  • Polis Guna MCOPS Untuk Semak Lesen Dan Cukai Jalan, Jamin 'Road Block' Tak Sesak

Beberapa jam lalu, kementerian mengumumkan beberapa penambahbaikan di aplikasi MyJPJ dan Portal Awam JPJ.

Kod sekuriti lesen memandu – 8 aksara di belakang kad

ciri baru myjpj 2

Jika anda daftar akaun baharu, maka selain kata laluan dan TAC, anda juga perlu masukkan 8 aksara yang terpapar di belakang kad lesen anda.

8 aksara ini juga dirujuk sebagai “kod sekuriti“. Jadi, kalau disebut kod sekuriti, ketahuilah ia adalah 8 aksara di belakang kad lesen anda.

kod sekuriti lesen memandu
Kod sekuriti lesen memandu

Ambil kad lesen ada dan lihat di belakangnya, ada aksara kecil seperti dalam gambar dalam gambar di atas. Itulah dia 8 aksara diperlukan (kod sekuriti).

Kod sekuriti untuk dapatkan semula akaun, selesaikan isu “Telah mendaftar”

ciri baru myjpj 1

Ramai juga mendapati notifikasi “telah mendaftar” semasa mula-mula menggunakan MyJPJ tapi anda sendiri tidak ingat bila anda daftar akaun.

Ini kerana anda sudah mempunyai akaun dengan rakan strategik JPJ yang juga diintegrasi dengan sistem JPJ sendiri.

Sekarang, anda perlukan kod sekuriti (8 aksara terakhir di belakang lesen anda) untuk dapatkan akaun anda.

kod sekuriti lesen memandu
Kod sekuriti lesen memandu

Penetapan semula e-mel

ciri baru myjpj 3

Jika anda terlupa e-mel yang pernah digunakan sebelum ini, maka ada butang baharu yang memudahkan anda tetapkan semula e-mel enda.

Butang “Tetapkan Semula Emel” tersedia di muka hadapan semasa log masuk.

Anda juga perlu masukkan 8 aksara tadi semasa tetapkannya, untuk mengesahkan anda sendiri yang mengubah e-mel.

Butang “Terlupa kata laluan” ditukar ke “Tetapkan semula kata laluan”

Tempoh hari, ramai menggunakan butang “Terlupa kata laluan” kerana kita diberitahu sudah mempunyai akaun namun kata laluan sudah luput.

Kini, ia ditukar label menjadi “Tetapkan semula kata laluan” namun fungsinya sama iaitu tetapkan kata laluan jika anda terlupa dan mahu tukar apabila ia sudah melebihi 3 bulan.

Itu sahaja perubahan dibawakan kali ini.

Bagi saya, agak pantas pihak berkaitan mengambil tindakan kerana selalunya agensi kerajaan akan membiarkan saja aplikasi atau platform mereka tidak mesra pengguna.

Pembaharuan ini dilepaskan secara berperingkat mulai hari ini untuk semua pengguna Android dan iOS.

Sumber: Kementerian Pengangkutan Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY