Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pengguna Internet Kini Boleh Menjana Pendapatan Melalui Pelayar Brave

Ciri Adblock Pelayar Brave Kini 45MB Lebih Jimat Memori Android

Diterbitkan Januari 7, 2026 ยท Dikemas kini Januari 8, 2026 oleh ariff bukhari

Pembangun Brave terus menambah baik pelayar mereka apabila mengumumkan enjin penyekat iklan baharu yang lebih cekap.

Melalui penambahbaikan besar pada enjin berasaskan Rust, penggunaan memori berjaya dikurangkan sehingga 75%, bersamaan penjimatan kira-kira 45 MB pada Android, iOS dan desktop.

Langkah ini memberi kesan positif kepada hayat bateri, kelancaran multi tugas serta pengalaman pengguna yang menggunakan peranti lama.

Brave mengekalkan kelebihan ini kerana enjin adblock terbina mereka tidak terkesan oleh sekatan Manifest V3.

Ciri Adblock Pelayar Brave Kini 45MB Lebih Jimat Memori Android
Perbandingan tangkapan skrin versi 1.79.118 dan 1.85.118 Brave, menunjukkan penurunan penggunaan memori bagi keseluruhan proses pelayar.

Brave menyatakan, keupayaan ini dicapai dengan menukar lebih 100,000 penapis adblock daripada struktur data Rust biasa kepada format FlatBuffers yang lebih padat dan efisien.

Selain itu, Brave turut meningkatkan kelajuan padanan penapis sebanyak 13%, mengurangkan peruntukan memori 19%, mempercepatkan masa binaan 15%, serta mengoptimumkan storan dalaman sebanyak 30%.

Kemas kini ini hadir dalam versi Brave v1.85, dengan penambahbaikan tambahan dijadualkan pada v1.86.

Berkaitan

  • Safari Makin Merosot, Pengguna Mahir Lebih Sukakan Brave
  • 5 Benda Yang Buat OriginOS 6 Rasa Lebih Kemas dan Lancar
  • GiCheck Gantikan MyPuspakom - Caj Pemprosesan Tempahan Pemeriksaan Kenderaan Kini RM5

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY