Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Browser brave

Safari Makin Merosot, Pengguna Mahir Lebih Sukakan Brave

Diterbitkan Mac 11, 2025 oleh ariff bukhari

Dalam laporan terkini oleh AV comparatives berkaitan status penggunaan aplikasi pelayar internet mendedahkan, Google Chrome masih kekal sebagai pelayar paling popular di dunia.

Tinjauan Keselamatan IT 2025 oleh AV comparatives mendapati, 30.1% daripada 1,277 responden dari seluruh dunia memilih Chrome sebagai pelayar utama mereka.

Ia diikuti rapat oleh Firefox (29.3%) yang sebelum ini pernah mendahului Chrome. Microsoft Edge turut berkembang baik dengan 20.4% pengguna.

Keputusan kaji selidik itu juga menyerlahkan minat pengguna terhadap pelayar Brave yang semakin meningkat dengan 7.4% responden menggunakannya.

“Pengguna mahir juga menunjukkan kecenderungan yang lebih kuat terhadap pelayar khusus seperti Brave, mungkin mencerminkan keutamaan mereka untuk penyesuaian, privasi atau fungsi khusus.”

Malah Brave mengatasi pilihan lain seperti Opera, Safari, Vivaldi, Yandex dan DuckDuckGo.

Ini sekali gus menunjukkan minat pengguna terhadap pelayar yang tertumpu pada privasi.

Namun begitu, ia berbeza dengan pelayar Safari oleh Apple di mana di kalangan pengguna macOS sendiri, penggunaan pelayar Safari menyaksikan lebih daripada 50% penurunan pengguna dari tahun-tahun sebelumnya.

Malah Chrome dan Firefox semakin popular dikalangan pengguna macOS dengan masing-masing mencatatkan 17% dan 25% peningkatan minat pengguna.

Menunjukkan Safari semakin hilang popularitinya dalam kalangan pengguna macOS.

Safari Makin Merosot, Pengguna Mahir Lebih Sukakan Brave

AV comparatives dalam ulasannya berkata, kepelbagaian penggunaan pelayar ini mencerminkan pilihan pengguna yang berbeza-beza, termasuk peningkatan minat terhadap pelayar yang mengutamakan privasi.

Berkaitan

  • Tablet Terbaru Huawei Ini Ada Kuasa Produktiviti Setanding PC, Ini Rahsianya
  • Telefon Pintar 10 Tahun Lagi: Terus Berevolusi Atau "Pupus"?
  • Apple Dijangka Bawa Perubahan Besar Pada iOS 19

Sumber: AV-Comparatives

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY